City akan beraksi di Loftus Park tanpa Kompany hari ini. Kapten City itu disahkan tercedera selepas perlawanan menentang CSKA tempohari. QPR dan City kini sedang menghadapi krisis masing-masing dan memerlukan kemenangan sebagai pengubat moral.
Seleksi Blog Bulan Biru |
Kompany menyertai Silva dan Kolarov dalam senarai kecederaan City. Mangala yang kembali cergas akan mengisi ruang Kompany berdampingan dengan Demichelis. Nasri dijangka akan bermula hari ini dan itu bererti Navas akan bermula di bangku simpanan.
City kini sedang menghadapi krisis prestasi. Dalam 5 perlawanan terakhir mereka, hanya satu kemenangan yang dikecapi (1W 1D 3L) manakala 2 daripada 3 kekalahan City berlaku di laman sendiri. Kubu yang dulunya kebal terasa mudah ditembusi.
Mujur juga perlawanan ini dimainkan di Loftus Park. QPR hanya mengaut 2 kemenangan sahaja dalam BPL musim ini dan mereka tewas 4 daripada 5 perlawanan BPL terakhir mereka.
Ramalan Blog Bulan Biru: QPR 1 - City 2
Fakta pra-perlawanan:
1. QPR bolos minimum 2 gol dalam 6 daripada 7 perlawanan terakhir.
2. City bolos 2 gol dalam 4 daripada 5 perlawanan terakhir.
3. City tidak tewas kepada QPR dalam 5 pertembungan terakhir.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru