Perlawanan menentang CSKA Moscow pagi Khamis boleh dikira sebagai wajib menang bagi City meneruskan kempen Liga Juara-Juara Eropah mereka. Dengan keyakinan yang diperoleh melalui keputusan derbi Ahad lalu City mempunyai peluang cerah untuk membuktikan kualiti mereka di pentas Eropah.
Dikhabarkan penyokong-penyokong City akan membelakangkan badan ketika lagu rasmi UEFA sebagai tanda protes kepada insiden penyokong CSKA yang boleh masuk ke dalam stadium yang sepatutnya kosong ketika di Moscow.
Seleksi Blog Bulan Biru |
Dengan keyakinan yang sedang tinggi dan kelebihan bermain di Etihad City dijangka tiada masalah menyelesaikan cabaran dari CSKA jika mereka mampu mengekang ancaman besar dari Ahmed Musa dan Seydou Doumbia. Ramalan Blog Bulan Biru: City 2 - CSKA 0
Fakta pra-perlawanan:
1. City tidak menang dalam 5 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah mereka.