Selasa, 25 November 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu UCL 2014/15 Manchester City vs Bayern Munich

Manchester City kini terperangkap di lorong mati Liga Juara-Juara Eropah. Kalaulah City menang 2 perlawanan patut-menang menentang CSKA Moscow sebelum ini pasti situasi seperti ini tidak terjadi. Untuk masuk kembali ke jalan menuju Berlin maka City wajib melepasi 2 halangan; Bayern dan Roma.


Tapi itulah Typical City. Suka menyusahkan diri sendiri. Tapi satu lagi karakteristik Typical City ialah bangkit semula dari bawah selepas semua pihak mula hilang harapan. Harap-harapnya City inilah yang turun ke padang Etihad hari ini.


City akan kehilangan 3 tonggak utama di bahagian tengah selepas Toure dan Fernandinho masing-masing mendapat kad merah ketika menentang CSKA Moscow. David Silva pula masih belum pasti akan diturunkan walaupun dikhabarkan sudah pulih sebelum ini. Di pihak Bayern pula mereka sedang menghadapi krisis kecederaan. 7 pemain sudah disahkan cedera manakala si penghancur hati City, Jerome Boateng yang tercedera pada hujung minggu mungkin direhatkan. Menentang pasukan Bayern Pellegrini mungkin akan menguatkan bahagian tengah dan bakal meletakkan seorang penyerang sahaja.

Seleksi Blog Bulan Biru
Agak menarik kerana penentuan nasib City mungkin mendapat bantuan dari pihak lawan. Berbeza dengan City yang tidak boleh hilang walau satu pun mata, Bayern pula tidak memerlukan sebarang mata dan dalam apa jua senario mereka sudah pasti menjadi juara kumpulan. Adalah mungkin pasukan Bayern yang turun ke Manchester bukanlah pasukan terkuat mereka dan andai City mampu mengeksploitasi kesempatan ini maka barangkali masih ada ruang untuk Manchester City berpijak di bumi Liga Juara-Juara Eropah. Ramalan Blog Bulan Biru: City 2 - Bayern 1.

Fakta pra-perlawanan:
1. Kemarau kemenangan City di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah kini ialah 6 perlawanan.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Rujukan: WhoScored.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.