Nampaknya masih ramai yang terkeliru dengan penerangan dari pos sebelum ini tentang penentuan kedudukan pasukan yang mengumpul mata sama dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Maka di sini disediakan satu pendekatan teratur bagi merungkai segala simpulan kekeliruan.
Pertamanya, kita rujuk kembali isi kandungan regulasi UEFA:
If two or more teams are equal on points on completion of the group matches, the following criteria are applied to determine the rankings (in descending order):
a) higher number of points obtained in the group matches played among the TEAMS IN QUESTION.
Kata kuncinya di sini ialah "TEAMS IN QUESTION". Maka pasukan Bayern Munich tidak terlibat langsung dalam jalan kerja pengiraan.
Dengan itu sususan 3 pasukan yang terlibat mengikut jumlah mata ialah:
Selepas susunan ini pasukan Roma dan CSKA Moscow masih terikat mata manakala Manchester City kini duduk di tempat tercorot. Jadi sekarang pasukan Manchester City pula dikeluarkan dari persamaan.
Jumlah mata dikira lagi untuk penentuan tempat kedua dan ketiga hanya daripada pertembungan Roma dan CSKA Moscow. Ini juga dikenali ramai sebagai rekod head-to-head:
Maka dengan itu susunan 3 pasukan yang berkongsi mata mengikut turutan ialah Roma diikuti CSKA Moscow dan kemudian Manchester City. Sekian.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru