Chelsea telah merugikan 2 mata semalam jadi memang ini adalah peluang di antara Southampton atau Manchester City untuk merapatkan jurang. Pertembungan pasukan di tangga kedua dan ketiga ini pasti menyaksikan perlawanan yang sengit dan menarik.
Ronald Koeman telah berjaya membawa permulaan terbaik Southampton dalam sejarah BPL mereka. Malahan hanya 6 pengurus lain yang mempunyai rekod permulaan yang lebih daripada Koeman dalam BPL.
Namun Southampton setakat ini belum bertemu dengan pasukan-pasukan 'besar' BPL. Tidak mengejutkan 2 kekalahan mereka datang dari perlawanan menentang Liverpool dan Tottenham. Boleh dikatakan Southampton belum lagi diuji dengan sebenar-benar ujian dan menyaksikan 2 perlawanan yang menanti selepas Manchester City sememangnya inilah masanya untuk Southampton membuktikan kelayakan mereka menduduki tangga kedua liga BPL.
3 Disember - Arsenal (A)
8 Disember - Man United (H)
Manchester City pula akan cuba untuk membuktikan mereka sudah menamatkan tempoh krisis keyakinan yang melanda mereka. 2 kemenangan daripada ketinggalan semestinya sudah berjaya menanam keyakinan baru ke dalam skuad Manuel Pellegrini lebih-lebih selepas episod drama menentang Bayern.
Seleksi Blog Bulan Biru |
Awas! Bahaya |
Aguero akan merekodkan kemunculan BPL ke-100 buat Manchester City dan apa lagi cara yang lebih baik untuk meraikannya jika bukan dengan menjaringkan gol sebanyak mungkin. Ramalan Blog Bulan Biru: Southampton 1 - Manchester City 2
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Southampton tidak kalah dalam 3 pertemuan terakhir dengan Manchester City (W1, D2).
2. Kali terakhir City menang di St. Mary's adalah pada tahun 2003.
3. Hanya Ruud van Nistlerooy (68) dan Alan Shearer (79) mempunyai rekod gol yang lebih baik daripada Aguero (64) dalam 100 kemunculan BPL. (*Aguero kurang 1 perlawanan)
4. Southampton berjaya merekod 7 cleansheet musim ini berbanding hanya 2 bagi City.
5. Southmapton masih belum kalah di St. Mary's musim ini.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru