Manchester City mencatat kemenangan ke--100 di tempat lawan dengan menamatkan badi mereka di stadium St. Mary's. Ini merupakan kemenangan pertama City di stadium tersebut semenjak thun 2003. Jaringan-jaringan City dihasilkan oleh Yaya Toure, Frank Lampard dan Gael Clichy.
Tiada gol kemunculan BPL ke-100 untuk Aguero |
Perlawanan berlangsung dengan seimbang di separuh masa pertama. Southampton dan City masing-masing berbalas serangan dan bertahan. Southampton tampak berbahaya dengan gerakan set piece mereka. Manchester City membalas dengan menyerang penuh tekanan namun Southampton mempamerkan disiplin dalam formasi bertahan mereka. Tidak hairanlah mereka memegang rekod gol bolos terendah BPL musim ini.
Permainan penuh denyutan ini hanya dikecewakan dengan mutu pengadilan Mike Jones. Banyak keputusan beliau boleh dipertikaikan seperti menghentikan permainan untuk ofsaid Southampton sedangkan Mangala sedang mara ke kawasan gol Southampton dan yang paling mengejutkan bila melayangkan kad kuning kepada Aguero kerana simulasi sedangkan jelas lagi nyata di depan mata Aguero dijatuhkan Jose Fonte di dalam kotak penalti.
Tekanan berterusan Manchester City mula memberi kesan di separuh masa kedua. Di minit ke-51, Aguero menggelecek bola di dalam kotak penalti mencari ruang sebelum menghantar bola kepada Toure yang terus merembat deras dari luar kotak penalti untuk gol pertama City.
Pellegrini terus menukar strategi City kepada gerakan serangan kilas selepas gol pembukaan. Pilihan beliau tepat sekali kerana Southampton mula menggadaikan formasi pertahanan mereka dalam usaha mencari gol penyamaan dan tambahan pula City terpaksa bermain dengan 10 orang bermula minit ke-75 apabila Mangala diperintahkan keluar padang kerana mendapat kad kuning kedua.
2 baki gol City terhasil melalui serangan kilas yang mengeksploitasi pertahanan longgar Southampton. Pertamanya di minit ke-80 James Milner berjaya merampas bola dari pemain Southampton dan kemudian memberi bola kepada Frank Lampard yang membuat jaringan gol klasik beliau untuk gol kedua City dan gol City ke-5 beliau.
Di penghujung perlawanan pada minit ke-88 satu lagi gerakan kilas City berjaya melepaskan Aguero yang kemudian membuat hantaran silang kepada Gael Clichy untuk menamatkan persaingan dengan gol ketiga perlawanan. Ini merupakan gol City pertama Clichy.
Fakta menarik perlawanan:
1. Aguero membuat kemunculan ke-100 BPL beliau.
2. Aguero memegang rekod ketiga terbaik untuk gol dalam 100 kemunculan BPL dengan 64 gol dibelakang van Nistelrooy (68) dan Shearer (79).
3. Kerana prestasi yang kurang baik Mike Jones hanya diberi tugas pembantu pengadil ke-4 dalam perlawanan seterusnya.
3. Kerana prestasi yang kurang baik Mike Jones hanya diberi tugas pembantu pengadil ke-4 dalam perlawanan seterusnya.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
p/s: maaf atas kelewatan kerana sibuk dengan projek loji kogenerasi.