Rabu, 17 Disember 2014

Ada Apa Dengan Nombor Dan Posisi?

Jika membaca ulasan taktik bolasepak di media massa kita sering terdedah dengan istilah seperti No. 9, No. 10 dan '9 Palsu'. Sebenarnya nombor-nombor ini mewakili apa sebenarnya? Jom kaji sejarah bolasepak mencari jawapan.

Ini semua bermula pada tahun 1939 apabila nombor pertama kali diletakkan pada jersi pasukan. Nombor diberikan mengikut posisi setiap pemain berdasarkan formasi 2-3-5 yang merupakan formasi asas pada waktu itu.


Kemudian formasi bolasepak mula berevolusi. Posisi pemain mula berubah tetapi nombor-nombor mereka kekal. Pemain nombor 5 bertukar menjadi pertahanan tengah manakala pemain nombor 8 dan 10 kini bermain lebih rendah di bahagian tengah menyerang.


Evolusi formasi berterusan sehingga menjadi formasi asas bolasepak moden. Nombor 2 dan 3 kekal dimiliki pemain bek sayap. Nombor 4 menyertai nombor 5 di pertahanan tengah. Nombor 6 mewakili pemain tengah bertahan. Nombor 8 diberikan kepada pemain tengah kotak-ke-kotak. Nombor 7 dan 11 sinonim dengan pemain di bahagian sayap. Nombor 10 menjadi milik pemain yang bermain di bahagian tengah menyerang atau sebagai playmaker dan akhirnya nombor 9 yang digeruni pihak lawan diberikan kepada pemain yang  mempunyai sentuhan berbisa menjaringkan gol.

1 - Penjaga gol
2 - Bek kanan
3 - Bek kiri
4 - Pertahanan tengah
5 - Pertahanan tengah
6 - Pemain tengah bertahan
7 - Pemain tengah kanan/sayap kanan
8 - Pemain tengah
9 - Penyerang
10 - Pemain tengah menyerang/playmaker
11 - Pemain tengah kiri/sayap kiri
Perkaitan di antara nombor dan posisi ini sudah menjadi tradisi dan terus digunapakai dalam ulasan taktikal hari ini. Namun para pemain bebas untuk memilih nombor mereka biarpun tidak mengisi posisi yang diwakili nombor tersebut.

-  Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.