Isnin, 15 Disember 2014

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Leicester City (0) - Manchester City (1)

Bukan senang memburu sang musang. Lebih-lebih lagi bila pergi memburu tanpa senapang. Akhirnya dapat juga City meraih 3 mata di bumi lawan melalui pemain berpengalaman Frank Lampard.


Tanpa seorang penyerang senior di dalam skuad, City tampak bergelut di bahagian penyudah. Edin Dzeko tercedera semasa sesi memanaskan badan dan terpaksa diganti dengan penyerang muda Jose Angel Pozo. Tiada masalah buat City dalam mencipta gerakan dengan kembalinya Silva dan Toure membentuk gandingan bersama Nasri dan Lampard di bahagian tengah cuma ketumpulan penyudah yang tidak membawa sebarang hasil. Pozo tampak masih kekok mencari ruang bermain dan teman sepasukan juga kurang memberi bola kepada beliau. Peluang terhampir buat City adalah percubaan Toure yang berjaya diselamatkan Ben Hamer.

Leicester juga tidak kurangnya mengancam gawang City memberi tekanan sepanjang perlawanan. Hart dan barisan pertahanan terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan City mendapat cleansheet buat kali ketiga berturut-turut.



Akhirnya perlawanan ini dibezakan oleh seorang pemain bertaraf senior. Pengalaman tidak ternilai yang dimiliki pemain lagenda Frank Lampard sekali lagi membolehkan beliau mencari ruang kosong dalam kotak penalti meletakkan diri dalam posisi menjaringkan gol. Beliau mudah meletakkan bola ke dalam jaring hasil umpanan Nasri.



Ujian Leicester berjaya diharungi namun ujian mendatang mungkin lebih sukar kerana kini City bukan sahaja menghadapi krisis penyerang tetapi mereka juga kehilangan kapten Vincent Kompany yang sekali lagi mengalami kecederaan dan kali ini mungkin untuk tempoh yang lebih lama.


Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.