Rabu, 17 Disember 2014

Formasi Tanpa Penyerang Manchester City

Krisis betul bahagian serangan Manchester City dengan ketiadaan Aguero, Dzeko dan Jovetic. Pozo yang dicuba semasa perlawanan Leicester tidak begitu efektif dan mendapat komen dari Pellegrini bahawa beliau lebih sesuai beroperasi di bahagian tengah. Mungkin kekurangan pengalaman bermain di peringkat BPL atau mungkin juga kekurangan kekuatan fizikal Pozo menyukarkan beliau untuk menguasai taktik pasukan walaupun memiliki kelincahan serta bijak mencari ruang dan posisi. Penyerang-penyerang yang lain pula semuanya dipinjamkan kepada kelab luar.

Pozo bukan seorang penyerang - Pellegrini
Lalu keluar ura-ura Milner akan diturunkan di posisi no. 9. Tetapi sebenarnya bukan Milner sahaja kerana kenyataan penuh Pellegrini adalah beliau akan mencuba-cuba di antara Milner, Silva atau Nasri untuk membawa peranan '9 palsu'. Jika dilihat kepada ciri-ciri fizikal dan permainan langsung yang dimiliki Milner memang dialah calon yang paling sesuai. 

M: Siapa nak main no. 9 ni? N: Hentam sajalah janji gol
Formasi tanpa penyerang bukanlah hal yang baru dalam bolasepak. Strategi ini pernah ditonjolkan oleh Sepanyol ketika Euro 2012, Roma di era 2005-08 dan juga Romania di Piala Dunia 1994.

4-6-0 versi 4-3-3
4-6-0 versi 4-5-1
Kelebihan Manchester City adalah mereka memiliki sumber pemain tengah yang ramai. Oleh itu, pendekatan 4-6-0 (4-5-1 atau 4-3-3 jika dilihat dari posisi asal) sememangnya pilihan yang paling logikal saat ini. City juga mempunyai fleksibiliti untuk tidak meletakkan peranan '9 palsu' kepada Milner seorang sahaja kerana peranan itu boleh ditukar milik di antara Milner-Silva-Nasri jika mereka bermain bersama.


Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.