Kita sudah biasa mendengar istilah '9 Palsu' dalam ulasan taktikal bolasepak. Secara amnya '9 Palsu' merujuk kepada seorang penyerang yang bermain lebih rendah dari posisi tradisi seorang '9 Sejati'. Contoh terbaik '9 Palsu' adalah pemain-pemain seperti Messi dan Totti.
Tetapi jika pemain No. 9 itu bermain lebih rendah bukankah dia bermain sebagai seorang No. 10?
No. 9 turun bawah = No. 10? |
Jawapannya tidak. Ini kerana walaupun mereka bermain di kawasan yang sama tetapi fungsi mereka adalah berbeza. Peranan seorang No. 10 adalah sebagai 'jambatan' yang mengaitkan bahagian tengah dan bahagian serangan. Beliau beroperasi di ruang-ruang kosong mencari peluang membuat gerakan. Beliau bermain dari bahagian tengah menuju ke arah gawang lawan. Manakala seorang '9 Palsu' mendapat gelaran itu kerana dari posisi asal di No. 9 beliau turun ke bawah dengan tujuan menarik barisan pertahanan lawan dari kawasan mereka dan membuka ruang di bahagian atas untuk dieksploitasi oleh rakan sepasukan yang lain (kebiasaannya pemain sayap dan No. 10).
Dan juga kerana itu jangan mudah menyatakan seorang pemain tengah yang bermain di posisi penyerang adalah seorang '9 Palsu' kerana jika dia membawa peranan seorang penyerang maka dia adalah seorang No. 9.
Dan juga kerana itu jangan mudah menyatakan seorang pemain tengah yang bermain di posisi penyerang adalah seorang '9 Palsu' kerana jika dia membawa peranan seorang penyerang maka dia adalah seorang No. 9.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru