Walaupun Boyata mempamerkan persembahan bagus di tengah minggu, Mangala akan mengambil kembali tempat beliau di pertahanan tengah City setelah menjalani penggantungan perlawanan. Manakala di bahagian hadapan Aguero bakal turun seorang diri kerana Jovetic kini menyertai Silva dan Kompany dalam senarai cedera. Kolarov dan Dzeko dikhabarkan sudah pulih tapi mereka tidak dijangka akan bermula dalam kesebelasan pertama. Ini bermakna City bakal turun membawa formasi 4-5-1 dengan beberapa kemungkinan kombinasi pemain tengah yang boleh bermain di posisi no. 10 di belakang Aguero sama ada Nasri, Toure ataupun Lampard.
Seleksi Blog Bulan Biru |
Everton mempunyai rekod yang agak baik di Etihad dengan 4 kemenangan dalam 7 perlawanan terakhir. Namun begitu sejak kebelakangan ini keputusan lebih banyak berpihak kepada City dan dengan 2 badi (Southampton dan Sunderland) sudah berjaya ditamatkan diharap momentum City diteruskan lagi. Jika Chelsea yang bermain lebih awal melepaskan mata maka ini sememangnya peluang yang tidak boleh dilepaskan City. Ramalan Blog Bulan Biru: City 3 - Everton 0.
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Everton memegang rekod bolos kelima terburuk dalam BPL musim ini dengan melepaskan 22 gol dalam 14 perlawanan.
2. Manchester City hanya melakar 2 cleansheet di Etihad musim ini.
3. Roberto Martinez tidak pernah berjaya menewaskan City dalam perlawanan BPL (D1 L9). Hanya sekali sahaja Martinez pernah berjaya menundukkan City iaitu di perlawanan akhir Piala FA 2012/13 ketika mengurus Wigan.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru