Kalau kalah, pasti terkeluar. Kalau seri, layak boleh terkeluar pun boleh. Hatta menang sekalipun belum tentu City boleh layak untuk ke pusingan ke seterusnya. Begitulah betapa kompleksnya situasi City di dalam kumpulan E.
City kehilangan dua pemain sauh mereka. Toure masih menjalani penggantungan perlawanan dan Aguero terpaksa berehat lama kerana kecederaan ligamen. Tanpa Aguero City perlu meletakkan harapan kepada Jovetic dan Dzeko di bahagian hadapan dan City perlu menukar pendekatan mereka kerana cara permainan Dzeko dan Aguero sangat berbeza. Pada pandangan penulis Kolarov dan Navas perlu diturunkan dalam perlawanan ini kerana mereka adalah 2 penghantar silang terbaik dalam pasukan City. Untuk mengoptimumkan Dzeko City perlu banyak bermain bola udara dan hantaran silang. Di bahagian tengah gandingan Fernandinho dan Fernando dilihat cukup kental untuk menyerap tekanan dari Roma.
Seleksi Blog Bulan Biru |
City sekali lagi memerlukan ihsan Bayern untuk layak kerana hatta jika City menang 100-0 sekali pun mereka tidak dapat layak jika CSKA menang 1-0 ke atas Bayern berdasarkan rekod pertemuan yang berpihak kepada CSKA. Namun kita perlu yakin dengan profesionalisme Bayern dan memberi tumpuan 100% kepada Roma. Ramalan Blog Bulan Biru: Roma 2 - City 2.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru