Isnin, 8 Disember 2014

Ada Apa Dengan Ligamen?

Aguero terbaring di atas padang menahan kesakitan sambil memegang lutut beliau. Daripada raut wajah Aguero yang menahan kesakitan yang amat sehingga mengalir air mata sudah terlintas di dalam hati semestinya kecederaan ini melibatkan bahagian ligamen.



Cuma persoalannya ligamen yang mana dan di tahap manakah keseriusan kecederaan yang dialami?

Ligamen lutut adalah tisu badan yang elastik (seperti getah) berfungsi memegang tulang paha dengan tulang keting melalui bahagian lutut. Terdapat 4 jenis ligamen lutut iaitu medial collateral ligament (MCL), lateral collateral ligament (LCL), anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).


Di antara keempat-empat ligamen ini kecederaan yang paling digeruni ialah jika ia melibatkan ACL. Kecederaan melibatkan ACL memerlukan sekurang-kurangnya 1-2 bulan rehabilitasi berdasarkan tahap kerosakan. Jika ligamen ACL putus sepenuhnya pembedahan penstrukturan semula ligamen perlu dilakukan dan itu boleh mengambil masa 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.



Tetapi penulis berasa optimis kerana melihat Aguero masih mampu berjalan selepas mengalami kecederaan. Ini bermakna mungkin kecederaan yang dialami tidak melibatkan ACL dan jika melibatkan ACL pun mungkin sekadar cedera tahap gred 1 ataupun gred 2 dan bukannya putus sepenuhnya. Semoga cepat sembuh Kun Aguero.

p/s: Penulis dulu pernah putus ACL kaki kiri. Secara harfiahnya memang boleh dengar bunyi 'pop' bila ligamen putus diikuti linangan air mata menahan sakit. Lepas surgeri dapatlah MC 3 bulan tapi seksanya ya rabbi.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.