Agaknya memang badi City ni suka melekat pada pasukan belang merah putih. Jika dengan Southampton, City menunggu lebih 10 tahun sebelum menang di laman mereka baru-baru ini manakala dengan Sunderland pula kali terakhir City menang di Stadium of Light adalah pada tahun 2008. 4 pertembungan terakhir di Sunderland berakhir dengan kemenangan 1-0 kepada tuan rumah.
Pertemuan di Sunderland akan menemukan City dengan beberapa muka lama. Jika sebelum ini hanya Adam Johnson kini beliau disertai Costel Pantilimon dan Jack Rodwell.
|
Seleksi Blog Bulan Biru |
City akan turun tanpa kapten Vincent Kompany yang tercedera semasa perlawanan Southampton. Melalui khabar angin diberitakan Fernando akan diturunkan di posisi Kompany menemani Demichelis yang masuk menggantikan Mangala yang digantung perlawanan. Tetapi mungkin juga posisi itu boleh diisi Boyata ataupun Sagna. Tanpa seorang penyerang fizikal (seperti Dzeko atau Negredo) City mungkin sukar menembusi tembok Sunderland yang dijangka bermain dengan pertahanan rendah dan padat.
|
4 kali berturut-turut keputusan yang sama di Stadium of Light |
Jika dilihat kepada perlawanan-perlawanan sebelum ini Manchester City akan menguasai permainan hanya untuk dihukum serangan kilas Sunderland. Adakah sumpahan Stadium of Light ini akan berterusan? Ramalan Blog Bulan Biru: Sunderland 1 - City 1.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru