Sabtu, 20 Disember 2014

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Crystal Palace


Siri perlawanan musim sejuk BPL sudah bermula dan perlawanan pertama City adalah menyambut kehadiran pasukan Crystal Palace. Manchester City sekali lagi akan merindui kelibat 3 penyerang senior mereka yang masih cedera. Pellegrini menyatakan Jovetic hanya akan kembali cergas pada minggu hadapan manakala Aguero dan Dzeko sudah dipastikan tidak akan bermain dalam perlawanan baki tahun ini.

Dalam kenangan
Kini yang menjadi persoalan taktik manakah yang akan dipertunjukkan Pellegrini dalam misi mengejar Chelsea dan mendapatkan kemenangan keenam BPL berturut-turut. Adakah Pozo akan mendapat peluang kedua bermula di bahagian penyerang walaupun telah diberi komen oleh Pellegrini beliau lebih sesuai bermain sebagai pemain tengah? Ataupun adakah kita akan melihat fleksibilti taktikal Pellegrini dan City dengan menyaksikan formasi baru tanpa penyerang yang hebat diperkatakan sepanjang minggu ini? Ramalan Blog Bulan Biru: City 2 - Palace 0.

Seleksi Blog Bulan Biru
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Crystal Palace hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir BPL mereka (W1, D4, L5).
2. City hanya menang 1 daripada 5 perlawanan BPL berhadapan oposisi dari London. Menang: Tottenham. Seri: Arsenal, Chelsea, QPR. Kalah: West Ham.
3. Kali terakhir Palace menewaskan City adalah pada Disember 2001.
4. Kali terakhir Palace menang di laman City adalah pada Disember 1990.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.