Sabtu, 8 Ogos 2015

Alamak Dah Terbeli Baju Sergio Aguero 16

Dengan pemergian Edin Dzeko ke AS Roma maka kini Sergio Aguero mengambilalih nombor keramat 10.



Apa?! Anda dah terbeli baju jersi 'Aguero 16'?! Penat lelah mengumpul duit semata-mata nak beli baju ori sia-sia begitu sahaja?!


Jangan gusar, jangan gelabah kerana Manchester City sudi menukarkan baju yang anda beli dengan baju jersi 'Aguero 10' yang baharu ataupun meletakkan tandatangan Aguero di atas baju 'Aguero 16' yang sudah anda beli itu. Syarat-syarat sah tuntutan adalah:

1. Hanya jersi 'Aguero 16' musim 2015/16 sahaja yang akan dilayan.
2. Jersi ganti akan mengikut jenis jersi yang ditukar (tertakluk kepada stok).
3. Hanya jersi yang dibeli dari kedai rasmi City Store (kedai rasmi Manchester City di Stadium Etihad, Manchester Market Street, Abu Dhabi atau kedai atas talian) sahaja yang layak.
4. Pemilik jersi mesti menyatakan sama ada mahukan jersi 'Aguero 10' yang baharu ataupun mahu Aguero menandatangan jersi 'Aguero 16' mereka.
5. Bukti pembelian mestilah dikepilkan bersama-sama jersi yang dihantar.
6. Tarikh tutup tawaran tukar/tandatangan jersi ialah 28 Ogos 2015.

Sila rujuk laman rasmi Manchester City untuk keterangan lanjut.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.