Proses rundingan di antara AS Roma dan Manchester City menemui titik persetujuan menyaksikan Edin Dzeko dipinjamkan ke pada kelab Itali itu selama semusim dengan bayaran permulaan sebanyak €4 juta dan jika semua syarat dipenuhi AS Roma wajib membeli Dzeko musim depan dengan bayaran €11 juta. Terima kasih diucapkan kepada Edin Dzeko atas segala jasa beliau sepanjang menyarung jersi biru langit.
Selepas menjaringkan 85 gol berama Vlf Wolfsburg, Dzeko berpindah ke Manchester City ketika jendela perpindahan Januari 2011 dengan nilai pembelian £25.9 juta. 4 tahun setengah bersama Manchester City, Dzeko menjaringkan 72 gol dalam 189 penampilan. Daripada 72 gol itu, 50 gol dijaringkan dalam BPL. Satu nisbah yang boleh dikira hebat buat seorang penyerang.
Persembahan terbaik Dzeko boleh disaksikan ketika aksi menentang Spurs di White Hart Lane pada musim 2011/12. Dzeko menjaringkan 4 gol dalam perlawanan itu membuktikan ketajaman deria gol beliau.
Namun gol terpenting yang pernah dijaringkan beliau mungkin ialah gol penyamaan dalam perlawanan keramat menentang QPR di penghujung musim. Gol di masa kecederaan beliau itu menyemarakkan semula semangat Manchester City untuk mencari gol kemenangan dan menjulang piala kejuaraan BPL.
Mungkin antara faktor perpindahan Dzeko adalah kerana beliau tidak dipandang sebagai penyerang utama pasukan. Berada di senarai ketiga di belakang Aguero dan Tevez (2011/12 dan 2012/13), beliau kemudian terus di senarai ketiga di belakang Aguero dan Negredo pada musim 2013/14 sehingga mendapat jolokan "super-sub" kerana sering menjaringkan gol sebagai pemain gantian. Namun Dzeko tidak menyukai gelaran itu kerana merasakan selayaknya pemain seperti beliau bermain dalam kesebelasan utama.
Dzeko membuktikan kualiti beliau pada separuh kedua musim 2013/14 semasa prestasi Negredo merudum dan ketandusan gol dengan menjaringkan banyak gol membawa kemenangan demi kemenangan untuk Manchester City menjulang gelaran juara BPL buat kali kedua dalam 3 musim. Musim itu beliau menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan, prestasi terbaik beliau bersama City.
Sayang sekali prestasi musim 2013/14 itu tidak berlarutan ke musim lepas. Musim lepas, hanya 6 gol yang berjaya dijaringkan Dzeko dalam semua pertandingan. Ramai peminat mengkritik persembahan Dzeko yang dikatakan pemalas tetapi penulis mempunyai pandangan berbeza. Dzeko dilihat kurang menyengat kerana corak permainan City musim lepas yang diolah untuk mengikut rentak penyerang seperti Aguero tidak mengeksploitasi kelebihan yang ada pada Dzeko.
Tidak seperti Aguero yang suka mencipta ruang dan peluang sendiri, Dzeko merupakan seorang pemain dari acuan penyerang klasik. Seorang penyudah prolifik, Dzeko memerlukan umpanan dari rakan sepasukan yang lain. Pemain seperti beliau tidak menyimpan bola begitu lama dan hanya membuat sentuhan minima sebelum membuat percubaan gol. Penulis berani berkata demikian kerana prestasi Dzeko bersama Bosnia begitu berbeza sekali.
Penulis percaya Dzeko akan kembali menyengat bersama AS Roma. Jika perpisahan adalah yang terbaik bagi kedua-dua pihak maka penulis redha. Semoga terus maju jaya wahai permata yang hilang. Mungkin jauhari di Itali lebih mengenali manikam Bosnia ini.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru