Mampukah Everton menghentikan momentum keretapi City yang akan bertandang ke Goodison Park hari ini? Pasukan Everton selalu mempamerkan permainan terbaik mereka bila berdepan pasukan yang kuat. Menentang Everton bersama sokongan padu penyokong mereka di laman sendiri, City perlu berhati-hati dengan ancaman daripada rangkaian serangan Everton yang diteraju Romelu Lukaku.
Kehadiran fizikal Lukaku, kepantasan Kone dan kelincahan Ross Barkley mungkin boleh menembusi tembok besar pertahanan Manchester City. Mujurlah tembok itu sudah diperkasakan dengan pembelian Nicolas Otamendi. Walaupun gabungan Kompany dan Mangala sudah hampir pasti akan bermula hari ini, jangkakan kemunculan Otamendi di babak kedua permainan. Sagna sekali lagi akan turun bermula kerana Zabaleta terpaksa berehat panjang disebabkan kecederaan ligamen lutut. Delph juga sudah mula berlatih bersama skuad utama selepas pulih daripada kecederaan dan tersedia untuk pemilihan. Namun tiada perubahan dijangkakan dalam pemilihan kesebelasan pertama Pellegrini.

Seleksi Blog Bulan Biru |
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. City hanya pernah menang 3 perlawanan daripada 18 lawatan ke Goodison Park.
2. City kini sudah menjaringkan 999 gol di dalam BPL.
3. City di atas landasan untuk menyamai rekod kemenangan berturut-turut mereka. Mereka kini sudah menang 8 perlawanan berturut-turut.
4. City tidak terbolos dalam 5 daripada 6 perlawanan BPL terakhir mereka.
5. City menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol dalam 8 daripada 9 perlawanan BPL terakhir mereka.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Sumber: WhoScored.com, Twitter
Sumber: WhoScored.com, Twitter