Hari yang ditunggu-tunggu semua peminat City akhirnya tiba. Hari ini bolehlah kita menonton rangkaian SAS (Silva-Aguero-Sterling) beraksi. Walaupun Silva dan Aguero diserang demam beberapa hari lalu tapi mereka dijangka akan diturunkan hari ni. Hanya Clichy dan Delph sahaja sudah pasti tidak tersenarai kerana kecederaan masing-masing.
Prestasi pra-musim tidak boleh dijadikan kayu pengukur pasukan. Lihat sahaja apa sudah jadi kepada Manchester United, Arsenal dan Chelsea. Biarlah Manchester City menunjukkan persembahan bolasepak sebenar. Ramalan Blog Bulan Biru: WBA 0 - City 2.
1. City menang ke atas WBA dalam 7 perlawanan terakhir di antara mereka.
2. City menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol dalam 4 pertembungan terakhir dengan WBA.
3. City menang dalam 6 perlawanan BPL terakhir mereka.
4. Aguero menjaringkan 10 gol dalam 7 penampilan BPL terakhir beliau.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru