Di sini dikongsikan 5 fakta menarik tentang bekas pengurus Manchester City ini:
1. Pemain Kelab Tunggal
Manuel Pellegrini tergolong bersama mereka yang bermain hanya untuk satu kelab sahaja (seperti Ryan Giggs dan Paolo Maldini). Pellegrini menghabiskan karier bolasepak beliau sebagai pemain pertahanan bersama kelab Chile, Universidad de Chile dengan 451 penampilan di antara tahun 1973 - 1986.
2. Sijil Kejuruteraan
Manuel Pellegrini diberi jolokan "Si Jurutera". Tapi gelaran ini bukan setakat omong kosong kerana Pellegrini sememangnya memiliki segulung ijazah kejuruteraan. Beliau mengimbangi bermain bolasepak dan mengikuti kursus Kejuruteraan Awam untuk menerima ijazah dalam jurusan tersebut pada tahun 1979. Pellegrini kemudian mempraktikkan ilmu kejuruteraan beliau ketika turut membantu dalam proses membaikpulih Chile yang dilanda gempa bumi teruk pada tahun 1985.
3. Persaraan Mengejut
Manuel Pellegrini bersara dari bolasepak professional secara mengejut. Insiden yang menjadi pemangkin kepada keputusan itu adalah kesilapan yang dilakukan oleh Pellegrini dalam satu perlawanan. Ketika menangani bola tinggi di dalam kawasan penalti, Pellegrini ditewaskan oleh lonjakan pemain lawan yang hanya berusia 17 tahun. Siapakah pemain 17 tahun tersebut? Beliau adalah lagenda bolasepak Chile, Ivan Zamorano.
4. Piala Di Setiap Negara
Manuel Pellegrini telah menguruskan pasukan dari 5 negara merangkumi Chile, Equador, Argentina, Sepanyol dan England. Di setiap negara tersebut Pellegrini berjaya memenangi sekurang-kurangnya satu piala:
5. Pecah Rekod Real Madrid
Manuel Pellegrini menjadi pengurus Real Madrid pada musim 2009/10. Beliau berjaya membawa pasukan Real untuk memenangi 31 daripada 38 perlawanan liga dan mengumpul 96 mata sekaligus memecahkan rekod Real ketika itu. Malang sekali pencapaian itu tidak memadai untuk Real memenangi La Liga. Real Madrid sekadar menduduki tangga kedua di bawah Barcelona yang mengumpul 99 mata. Pellegrini dipecat oleh Real Madrid hanya selepas satu musim.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

- Chile (Universidad Catolica) - Copa Chile, Copa Interamericana
- Ecuador (LDU Quito) - Serie A
- Argentina (San Lorenzo) - Primera Division, Copa Mercosur
- Argentina (River Plate) - Primera Division
- Sepanyol (Villareal) - UEFA Intertoto Cup
- England (Manchester City) - Premier League, League Cup