"City tidak terkalah dalam 12 perlawanan menentang pasukan yang diurus oleh Tony Pulis."
Statistik ini sangat menarik hati penulis kerana sekarang penulis percaya Tony Pulis ini sememangnya lubuk kepada pasukan City. Kerana apa? Untuk jawapan itu mari kita kembali ke tanggal 30 Mei 1999. Ya inilah tarikh keramat kepada para peminat City di mana City bangkit dari kejatuhan terburuk dalam sejarah bolasepak mereka. Inilah perlawanan play-off Divisyen 2 di antara Gillingham dan Manchester City untuk memutuskan siapa dapat melayakkan diri ke Divisyen 1 musim depannya.
Gillingham hampir mencapai impian untuk layak ke Divisyen 1 apabila menjaringkan 2 gol pada 10 minit terakhir perlawanan sehinggalah City menjaringkan 2 gol di waktu kecederaan dan memenangi penentuan penalti.
"Saya cadang dah nak mandi bunga tapi hari ni air kena catu. Apa nak buat?" |
Kasihan Tony Pulis. Kini semestinya beliau akan berkira-kira untuk mandi bunga setiap kali mahu berdepan Manchester City.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru