Ahad, 9 Ogos 2015

Di Mana Jurang City? (Bahagian Terakhir)

Bersambung dari Bahagian 1 dan Bahagian 2.

6. Hilang Tak Berganti


Tidak dapat disangkal bahawa posisi yang menjadi kerisauan para peminat adalah di bahagian tengah bertahan (defensive midfield). Semenjak pemergian Nigel de Jong ke AC Milan ramai pemain yang cuba mengambilalih peranan yang ditinggalkan de Jong tapi ternyata mereka tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh de Jong. Gareth Barry, Javi Garcia, Fernandinho dan Fernando silih berganti digandingkan bersama Yaya Toure tetapi kekebalan bahagian tengah tidaklah seteguh zaman de Jong. Barulah terlihat ada benarnya pandangan bahawa Toure tidak suka melakukan kerja-kerja bertahan dan pemain-pemain ini terpaksa bekerja keras memberi perlindungan kepada barisan pertahanan. Mungkin situasi ini tidak terserlah semasa de Jong bermain kerana kualiti permainan beliau membolehkan Toure fokus kepada menyerang.



Kadang-kala ianya bukanlah tentang kemahiran teknikal tetapi kualiti halus tidak ketara yang ada pada de Jong yang membolehkan beliau menyinar di posisi itu. Beliau bermain penuh komitmen garang mengejar bola dan menutup ruang pihak lawan menjadi pelindung kepada barisan pertahanan. Tenungan beliau sahaja sudah cukup menggigilkan hati lawan. Kualiti inilah yang dicari untuk mengisi posisi DM.

Oi Torres! Kau jangan buat lagi ya?
Contoh-contoh pemain lain yang memiliki kualiti seperti de Jong adalah:


Gennaro Ivan Gattuso
Roy Keane
Stefan Effenberg
Michael Essien
Arturo Vidal
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.