Akaun Twitter rasmi Samir Nasri (@SamNasri19) terpaksa ditutup selepas ia membuat beberapa pos berunsur lucah.
Semuanya bermula selepas Nasri mendapatkan rawatan di Los Angeles dan dipetik dalam pos Twitter @DripDoctors.
Tidak lama kemudian muncullah siri pos yang pelik dari akaun Twitter Nasri.
Pihak Nasri cuba mengawal keadaan dengan mengeluarkan kenyataan yang akaun Twitternya digodam.
Namun cubaan itu gagal dan akaun Twitter Nasri digodam semula. Sebelum akaun itu ditutup sepenuhnya ini adalah pos terakhir akaun Twitter Nasri.
- Bulan Biru