Selasa, 13 Disember 2016

UCL 16/17 - Siapa Yang Sanggup Anda Keluarkan?

Manchester City sudah diundi akan bertemu dengan AS Monaco untuk perlawanan 16-akhir Liga Juara-Juara UEFA dan perlawanan pertama akan berlangsung pada 22 Februari 2017. Apakah City akan membuat rombakan pada senarai skuad UCL mereka untuk menghadapi pusingan kalah mati nanti?

Seperti yang tertakluk dalam Regulasi UCL - Artikel 44, Manchester City boleh membuat 3 perubahan maksimum kepada senarai skuad sedia ada dengan syarat pendaftaran pemain baru dilakukan sebelum 1 Februari 2017.


2 nama yang pasti ada dalam senarai pendek untuk pendaftaran bulan Februari nanti ialah Yaya Toure dan Gabriel Jesus. Persoalannya sekarang ialah pemain manakah yang akan dikeluarkan Pep Guardiola? Mari kita tinjau semula senarai skuad UCL City.

Penjaga Gol
  1. Claudio Bravo
  2. Willy Caballero
Pertahanan
  1. Bacary Sagna
  2. Vincent Kompany
  3. Pablo Zabaleta
  4. Aleksandar Kolarov
  5. Gael Clichy (Home Grown)
  6. John Stones (Home Grown)
  7. Nicolas Otamendi
Tengah
  1. Fernando
  2. Raheem Sterling (Home Grown)
  3. Ilkay Gundogan
  4. Jesus Navas
  5. Kevin De Bruyne
  6. Fabian Delph (Home Grown)
  7. Leroy Sané
  8. David Silva
  9. Fernandinho
Penyerang
  1. Nolito
  2. Sergio Agüero
  3. Kelechi Iheanacho
Nama-nama Gael Clichy, John Stones, Raheem Sterling dan Fabian Delph sudah terselamat kerana mereka mengisi kouta 'home grown'. Toure dan Jesus tidak boleh menggantikan pemain dalam kouta tersebut. Nama Ilkay Gundogan sudah hampir pasti akan digugurkan akibat mengalami kecederaan tempoh panjang. Jadi setelah dikaji senarai nama pemain calon-calon lain yang boleh dipertimbangkan untuk dikeluarkan daripada skuad UCL City musim ini ialah Fernando, Jesus Navas, Leroy Sane ataupun mungkin Vincent Kompany.


Bagaimana pula dengan anda? Siapa yang patut masuk dan siapa yang patut keluar?

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.