Masihkah anda ingat dengan gambar foto di bawah semasa Wayne Rooney bermain bersama Everton?
Disebabkan baju tersebut beliau dicemuh oleh penyokong Everton apabila menyertai pasukan berbaju merah, Manchester United. Namun kini barulah kita mengerti maksud sebenar mesej "Once A Blue Always A Blue" itu.
Wayne Rooney telah mendaftarkan anak beliau yang berumur 7 tahun, Kai Rooney untuk menyertai akademi Manchester City. Sebelum ini Kai berlatih di akademi United namun Rooney telah membuat keputusan untuk membawanya berhijrah dari akademi merah ke akademi biru.
Kini Rooney menyertai beberapa bekas bintang United yang pernah menghantar anak mereka ke akademi City.
1. Kasper Schmeichel (Peter Schmeichel)
Kasper meyertai akademi City pada 2002 sebelum membuat kemunculan pertama pada 2007. Kasper membuat 8 kemunculan sepanjang bersama City.
2. Shaqueel van Persie (Robin van Persie)
Shaqueel kini sudah berpindah ke Turki bersama bapanya namun semasa di Manchester Robin akan menghadiri perlawanan belia untuk melihat anaknya bermain untuk akademi City.
3. Harvey Neville (Phil Neville)
Harvey berjaya memenangi kejohanan Liga Perdana Antarabangsa B-13 bersama City. Kini beliau sudah berpindah ke Valencia FC.
4. Jack/Tyler Fletcher (Darren Fletcher)
Walaupun Darren adalah produk akademi United namun beliau bukan setakat menghantar satu tetapi dua anak beliau menyertai akademi City iaitu adik-beradik kembar Jack dan Tyler yang bermain di posisi tengah.
5. Devante Cole (Andrew Cole)
Devante menyertai akademi City semenjak 2003 semasa berusia 7 tahun dan menjadi pemain senior pada 2014 namun tidak pernah membuat kemunculan bersama City sebaliknya hanya dipinjamkan keluar. Kini Devante bermain bersama Fleetwood Town iaitu bekas pasukan Jamie Vardy.
- Bulan Biru