Selasa, 6 Disember 2016

Previu UCL 16/17 - City vs Celtic

Sekadar perlawanan pelengkap jadual peringkat kumpulan kerana Manchester City sudah layak ke peringkat seterusnya. City dijangka bakal menurunkan para pemain lapisan apabila menerima kunjungan dari Celtic. Memandangkan Sergio Aguero bakal digantung 4 perlawanan di England mungkin beliau akan diturunkan sebagai penyerang sambil Pep Guardiola merehatkan Kelechi Iheanacho untuk perlawanan menentang Leicester City hujung minggu nanti. Nicolas Otamendi juga yang akan terlepas perlawanan di Leicester dijangka akan diturunkan hari ini dan John Stones akan direhatkan. Ini boleh membuka peluang untuk Tosin Adarabioyo menyertai kesebelasan utama.


Fakta menarik perlawanan:
  • Kali terakhir Celtic menang di bumi England adalah pada tahun 1970 apabila mereka menewaskan Leeds United di Elland Road.
  • City tidak tewas dalam 7 perlawanan UCL terakhir mereka di laman sendiri (5 menang, 2 seri).
  • Celtic hanya pernah menang sekali sahaja apabila bertandang ke laman lawan dalam 29 perlawanan UCL (1 menang, 2 seri, 26 kalah).
  • Celtic kini gagal memenangi 8 perlawanan UCL terakhir mereka yang merupakan rekod terburuk mereka.
- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.