Pablo Maffeo akan kembali beraksi di Sepanyol bersama Girona FC buat kali kedua selepas Manchester City bersetuju meminjamkan bek kanan muda itu sehingga ke penghujung musim.
Musim lepas Maffeo membuat 13 kemunculan bersama Girona dan membantu mereka menamatkan kempen 2015/16 di tempat ke-4 liga. Beliau yang bakal berpindah Januari nanti akan menyertai seorang lagi pemain pinjaman City di Girona, Pablo Mari.
Kini Girona sedang menghuni di tangga kedua Segunda Division.
Adakah ini bererti City akan membuat pembelian seorang pemain bek kanan memandangkan mereka sememangnya kekurangan pemain di posisi tersebut?
- Bulan Biru