Manchester City berjaya mengalahkan Arsenal di hadapan penyokong sendiri dengan keputusan 2-1 untuk melonjak ke tangga kedua liga dan meletakkan kembali Arsenal ke tempat asal mereka (tangga keempat).
Memetik daripada artikel previu Bulan Biru di laman web Manchester City, "Permainan menekan secara tinggi dan intensif adalah kunci jika Pep Guardiola mahu mengecapi kejayaan di musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris yang memang terkenal dengan permainan pantas dan kompetitif.
Memetik daripada artikel previu Bulan Biru di laman web Manchester City, "Permainan menekan secara tinggi dan intensif adalah kunci jika Pep Guardiola mahu mengecapi kejayaan di musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris yang memang terkenal dengan permainan pantas dan kompetitif.
Sekiranya ia diteruskan dalam perlawanan bertemu Arsenal dan perlawananan-perlawanan seterusnya maka tidak mustahil City akan menemui semula rentak mereka seperti di awal musim yang begitu berkeyakinan dan sukar digugat lawan."
Terbukti permainan Manchester City yang lebih agresif di separuh masa kedua menjadi pemangkin kebangkitan setelah ketinggalan seawal minit ke-5 perlawanan.
Yaya Toure sendiri mengakui perubahan yang dilakukan pasukan City, "Kami bermain lebih agresif dan mendominasi di babak kedua, taktik dan keinginan jelas selepas masa rehat. Arsenal amat merbahaya dalam serangan balas. Mereka bertahan begitu bagus malam ini, tapi kami ada penyerang hebat seperti Raheem."
Bandingkan sahaja corak bentesan, pintasan dan rampasan bola yang dilakukan City di separuh masa pertama dan kedua.
Di separuh masa kedua City menekan dengan lebih tinggi ke dalam kawasan Arsenal membolehkan mereka memenangi bola di bahagian tengah dan mendominasi perlawanan dari situ.
Ini sudah ditegaskan dalam artikel previu, "Cara permainan menekan secara tinggi ini telah membolehkan City merampas posesi di bahagian tengah sebelum sampai ke kawasan pertahanan dan secara tidak langsung ini meringankan beban ke atas barisan pertahanan."
Lihat sahaja bagaimana barisan hadapan menguasai statistik rampasan posesi bola. Di samping meringankan beban barisan pertahanan sekaligus tindakan ini berjaya memutuskan bekalan bola kepada jentera serangan Arsenal dan Mesut Ozil hampir tidak terasa kewujudannya di atas padang.
Inilah kunci kejayaan di Liga Perdana Inggeris. Tekan, tekan dan terus tekan.
- Bulan Biru