Kenalkah anda dengan pemain ini? Pemain ini menduduki tempat yang lebih baik daripada Petr Cech, Samir Handanovic dan Marc André Ter Stegen dalam senarai Penjaga Gol Terbaik Dunia 2016 yang diumumkan IFFHS.
10. Denis Onyango (Uganda/Mamelodi Sundowns) - 5 markah
11. Petr Cech (Republik Czech/Arsenal FC) - 4 markah
12. Samir Handanovic (Slovenia/FC Internazionale Milano) - 2 markah
13. Marc André Ter Stegen (Jerman/FC Barcelona) - 1 markah
Dalam undian IFFHS, pemain berusia 31 tahun ini mendapat 5 markah mengatasi Cech (4 markah), Handanovic (2 markah) dan Ter Stegen (1 markah) selepas membantu kelab Mamelodi Sundowns mencapai kejayaan berganda di pertandingan Divisyen Perdana Afrika Selatan dan Liga Juara-Juara CAF.
Bersama pasukan kebangsaan Uganda pula Onyango telah membantu mereka melayakkan diri ke kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang akan berlangsung di Gabon pada Januari 2017 sekali gus menamatkan kemarau 38 tahun kehadiran Uganda dalam kejohanan tersebut.
Profil Pemain
Nama Penuh: Denis Masinde Onyango
Umur: 31 tahun
Kelab: Mamelodi Sundowns FC
Posisi: Penjaga gol
Nilai semasa: £383,000
- Bulan Biru