Selasa, 28 Februari 2017
City Dapat Kelebihan - Wagner Digantung Perlawanan
Gara-gara masuk ke dalam padang untuk meraikan gol kemenangan Huddersfield semasa perlawanan menentang Leeds United dan kemudiannya bertelingkah pula dengan Garry Monk, David Wagner dihukum pihak FA Inggeris digantung dua perlawanan bermula dengan perlawanan ulangan Piala FA berhadapan Manchester City di Stadium Etihad.
Kenyataan FA berbunyi, "Encik Wagner mengaku memasuki padang semasa perlawanan berlangsung sekitar minit ke-89, melanggar Peraturan FA E3 tetapi tidak mengaku atas sebarang kesalahan tatatertib selepas kembali ke kawasan teknikal. Namun selepas siasatan dijalankan, pihak suruhanjaya peraturan mendapati ianya adalah sebaliknya (bagi pertuduhan kedua)". (Sumber: Daily Mail)
Harapan Musnah Gara-Gara Gol Sane
Manchester City sedang mendahului 4-3. Marvin Jorres pula sedang tersenyum lebar kerana yakin akan mendapat durian runtuh sebanyak £29,000 selepas membuat pertaruhan yang Atletico Madrid akan menang 4-2 dan Manchester City menang 4-3.
Malangnya di kala ribuan penyokong bersorak menyambut gol Leroy Sane, Jorres hanya mampu melihat hadiah £29,000 yang begitu hampir menjadi miliknya lesap dari bayangan.
"Dan bila City menjaringkan gol saya hanya terbaring di atas lantai dan tidak bergerak selama 5 minit", kata Jorres.
Selepas diberitahu tentang perkara tersebut Sane menyampaikan rasa simpati beliau kepada lelaki tersebut di Twitter.
Namun tidak semuanya berakhir sedih buat Jorres. Oliver Kahn yang merupakan duta syarikat pertaruhan Tipico atas dasar kasihan telah memberikan 'hadiah saguhati' kepada Jorres dalam bentuk pakej perjalanan VIP untuk menonton perlawanan di Monaco dengan semua perbelanjaan ditanggung Tipico. (Sumber: Skysports)
P/S: Jangan main judi.
P/S: Jangan main judi.
Sabtu, 25 Februari 2017
Jumaat, 24 Februari 2017
Mancini Bakal Kembali Ke Leicester?
Dengan pemecatan Claudio Ranieri dari Leicester City, khabar angin kuat mengatakan yang kekosongan itu bakal diisi oleh seorang lagi pengurus Itali iaitu Roberto Mancini.
Mancini yang kini tidak terikat bersama mana-mana kelab selepas Inter Milan juga sedang dikaitkan dengan West Ham United.
Jika Mancini menerima tawaran Leicester maka ia bererti beliau akan kembali ke kelab yang pernah beliau wakili sebagai pemain pada 2001 dahulu.
Ia juga bermakna Mancini akan bertandang ke Stadium Etihad pada tarikh keramat 13 Mei untuk perlawanan terakhir liga musim ini. Deja vu?
Mancini pernah berkata pengalaman di Leicesterlah yang telah membuat beliau jatuh cinta kepada bolasepak Inggeris yang menjurus kepada keputusannya untuk menerima tawaran mengendali Manchester City.
Mancini pernah berkata pengalaman di Leicesterlah yang telah membuat beliau jatuh cinta kepada bolasepak Inggeris yang menjurus kepada keputusannya untuk menerima tawaran mengendali Manchester City.
Leroy Sane vs AS Monaco
Sumber: Breakingthelines.com
Tags:
AS Monaco,
Bolasepak,
Leroy Sane,
Manchester City,
UCL,
Video
Zon Analisis - City Fokus Kejar Dari Belakang
Perlawanan yang menghiburkan, mengujakan, penuh kontroversi dan plot twist. Itulah gambaran ringkas yang boleh diberikan kepada perlawanan pusingan 16-terakhir pertama di antara Manchester City dan AS Monaco. Permainan menyerang memang sudah dijangka namun pesta 8 gol? Siapa sangka?
Ini merupakan pertemuan pertama di antara dua pasukan yang mendukung fahaman menyerang dan ternyata penonton disajikan dengan juadah serangan demi serangan. Memang ada kesilapan yang boleh dianalisis dari setiap 8 gol yang dijaringkan tetapi penghargaan harus diberikan kepada keindahan bolasepak menyerang kedua-dua pasukan.
Di suku jam pertama City lebih banyak memegang posesi bola (62%) namun Monaco dilihat lebih berbahaya. Ancaman utama mereka ialah kepantasan yang dimiliki pemain-pemain muda mereka Bernardo Silva, Thomas Lemar dan Kylian Mbappe. Mereka menumpukan titik serangan di bahagian bek kiri City yang diisi oleh Fernandinho.
Di suku jam pertama City lebih banyak memegang posesi bola (62%) namun Monaco dilihat lebih berbahaya. Ancaman utama mereka ialah kepantasan yang dimiliki pemain-pemain muda mereka Bernardo Silva, Thomas Lemar dan Kylian Mbappe. Mereka menumpukan titik serangan di bahagian bek kiri City yang diisi oleh Fernandinho.
Rabu, 22 Februari 2017
Kerana Pai, 'Roly Poly Goalie' Berundur Dari Sutton
Insiden Wayne Shaw memakan pai semasa perlawanan Sutton United menentang Arsenal telah menimbulkan kontroversi apabila pihak FA Inggeris memulakan siasatan kerana dakwaan ianya melibatkan pertaruhan.
Walaupun bertegas beliau tidak membuat sebarang taruhan ke atas diri sendiri, Shaw yang digelar penyokong Sutton 'Roly Poly Goalie' mengakui yang beliau tahu tentang taruhan 8-1 oleh Sun Bets ke atas beliau akan memakan pastri semasa perlawanan. Oleh itu pengurus Sutton, Paul Doswell sudah menasihatkan Shaw agar melepaskan jawatan dari kelab dan ianya dipersetujui Shaw.
Inilah kata orang kerana perut, badan binasa. (Sumber: Sky Sport)
Selasa, 21 Februari 2017
Statistik Monaco Dalam 5 Liga Eropah
Lagi statistik AS Monaco di dalam 5 liga besar Eropah. Bersedialah Manchester City bersedialah kerana Monaco bukanlah calang-calang lawan sebenarnya.
Sumber: Oulala |
Rekod Monaco vs England
Masa mula-mula Ruud Gullit cabut undi AS Monaco sebagai lawan Manchester City, ramai yang menghela nafas lega kerana City berjaya mengelak nama-nama kelab gergasi. Ini merupakan pertemuan sulung di antara City dan Monaco.
Tapi lubuk sangatkah Monaco? Mungkin tidak begitu mudah buat City sebenarnya. Selain prestasi semasa yang melihat Monaco menduduki persada Ligue 1 sambil mencatatkan gol terbanyak di antara 5 liga terbesar Eropah, sebenarnya Monaco memiliki rekod yang sangat cantik ke atas pasukan dari England.
Semenjak 1991, Monaco sudah berhadapan dengan pasukan dari England sebanyak 18 kali (secara teknikal Swansea ialah kelab Wales tetapi mewakili liga Inggeris). Mereka mencatat keputusan menang sebanyak 10 kali, seri 4 kali dan tewas sebanyak 4 kali. Rekod jaringan mereka ialah 31 gol berbalas 20 gol bolos.
Empat pasukan yang berjaya menewaskan Monaco itu ialah Leeds United (3-0 pada tahun 1995), Liverpool (2-0 pada tahun 2004), Arsenal (3-1 pada 2015) dan Tottenham Hotspur (4-1 pada 2015). Semoga Manchester City berjaya menjadi pasukan yang kelima nanti.
Tags:
AS Monaco,
Bolasepak,
Leeds United,
Liverpool,
Manchester City
Penjaga Gol Simpanan Sutton Yang Selamba
Kebiasaannya pemain di bangku simpanan akan memanaskan badan atau membuat persediaan untuk dipanggil beraksi pada bila-bila masa. Tetapi penjaga gol simpanan Sutton United, Wayne Shaw lain pula ceritanya apabila dengan selamba menikmati keenakan sekeping pai semasa perlawanan menentang Arsenal masih lagi berlangsung (di minit ke-82).
Sebelum perlawanan, Shaw dilihat memvakum kawasan tempat duduk pemain dan semasa rehat separuh masa pula beliau melepak di kawasan bar. Ini barulah namanya pemain lagenda!
Tags:
Arsenal,
Bolasepak,
FA Cup,
Sutton United,
Video,
Wayne Shaw
Isnin, 20 Februari 2017
£8 Juta Untuk 'Ashley Cole Baharu'
Manchester City menilai pemain berusia 16 tahun, Ryan Sessegnon sudah layak untuk bermain di tahap Liga Perdana Inggeris dan bersedia memenuhi harga permintaan sebanyak £8 juta untuk pemain tersebut.
Ryan Sessegnon kini bermain untuk kelab Fulham dan sudah pun membuat 11 kemunculan di bawah telunjuk Slavisa Jokanovic. Malah beliau turut mencatat nama sebagai antara pemain termuda menjaringkan gol dalam sejarah Piala FA Inggeris semasa menentang Cardiff City.
Bekas pemain Liverpool, Jamie Redknapp telah melabel Ryan Sessegnon sebagai 'Ashley Cole yang baharu' selepas menyaksikan aksi pemain kelahiran Wandsworth itu.
Tottenham Hotspur cuba mendapatkan Ryan di jendela Januari lalu dan dilaporkan Fulham meminta £8 juta untuk pemain tersebut. Pada harga itu, City dengan hati terbuka rela membayar jumlah tersebut untuk mendapatkan seorang lagi bakat besar England.
Tambahan pula Ryan bermain di posisi bek kiri yang merupakan masalah di dalam skuad City buat masa ini dan berdasarkan penilaian semasa, beliau cukup fleksibel untuk bermain lebih menyerang di sayap kiri.
Buat pengetahuan, Ryan mempunyai seorang saudara kembar, Steven yang juga bermain bersama Fulham di bahagian pertahanan.
Ryan (kiri) dan Steven (kanan) |
Tiada Lagi Boo Di UCL?
Semenjak Manchester City dikenakan tindakan Financial Fairplay oleh pihak UEFA, para penyokong City merasakan mereka sering menjadi mangsa ketidakadilan badan bolasepak Eropah itu. Jadi sebagai menunjukkan tanda protes, laungan 'boo' akan kedengaran sepanjang lagu Liga Juara-Juara Eropah dimainkan sebelum perlawanan UCL.
UEFA pernah mengugut akan menyaman City jika perkara itu tidak ditangani namun setakat ini tiada lagi dilihat sebarang tindakan susulan. Pep Guardiola juga pernah menegur para penyokong City tentang perkara ini. Justeru sebagai langkah alternatif, kumpulan penyokong 1894 Group mahu seluruh penyokong City di dalam stadium menggantikan aksi 'boo' dengan melakukan The Poznan semasa lagu UCL kedengaran.
Mudah sahaja langkah-langkahnya; palingkan badan, bentuk rantaian manusia dan lompat bersama-sama. Ayuh mari semua lakukan The Poznan!
Mudah sahaja langkah-langkahnya; palingkan badan, bentuk rantaian manusia dan lompat bersama-sama. Ayuh mari semua lakukan The Poznan!
Ahad, 19 Februari 2017
Separuh Skuad Monaco Dikaitkan Dengan City
Bila Manchester City diundi bertemu AS Monaco di pusingan 16-terakhir Liga Juara-Juara Eropah ramai melihat City mendapat undian mudah. Tetapi jika itu benar mengapakah lebih separuh daripada skuad Monaco kini sedang dikaitkan dengan City? Malah penjaring gol ketiga terbanyak Monaco musim ini, Kylian Mbappe pernah dibida sebanyak £30 juta oleh City tetapi ditolak. Berikut adalah 6 pemain Monaco yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Etihad.
City-Huddersfield Cipta Rekod Baru
Perlawanan di antara Huddersfield Town dan Manchester City mungkin berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Tanpa percikan kreativiti dari bahagian tengah dan sayap, gerakan serangan City hanya sekadar angin lalu. Permainan City dilihat terlalu satu dimensi untuk memudahkan Huddersfield menutup ruang dan menyukarkan City mencari titik penetrasi. Pujian harus diberikan kepada David Wagner dan anak buah beliau yang telah menekan dengan baik memberi tentangan kepada City. Turut bermain baik semalam ialah Claudio Bravo yang beberapa kali beraksi menyelamatkan gawang dari percubaan pemain Huddersfield. Ini akan membantu Bravo mendapatkan semula keyakinan diri untuk kembali ke prestasi terbaik beliau.
Walaupun tiada pemenang dan tiada gol dicatatkan kedua-dua pihak, perlawanan ini tetap berjaya mencipta satu rekod baharu. Dengan tiket perlawanan habis dijual licin, Stadium John Smith telah mencatatkan kehadiran penonton seramai 24,129 sebagai kehadiran terbesar untuk sebarang acara yang berlangsung di stadium itu.
Rekod kehadiran sebelum ini ialah seramai 24,126 orang yang datang menonton perlawanan liga ragbi antarabangsa di antara Great Britain dan Australia. Kehadiran terbesar dalam acara bolasepak pula ialah seramai 23,678 penonton apabila Huddersfield menerima kunjungan Liverpool dalam pusingan ketiga Piala FA pada tahun 1999.
Keputusan seri bererti perlawanan ulangan akan dijalankan di Stadium Etihad. Tarikh perlawanan ditetapkan pada 28 Februari 2017.
Sabtu, 18 Februari 2017
Lagu Tema Ikonik Dunhill - Road To Wembley
Manchester City 10 - Huddersfield Town 1 (7 November 1987)
Neil McNab membuka jaringan sebelum 3 pemain Manchester City; Tony Adcock, Paul Stewart dan David White menjaringkan gol hatrik dalam pertembungan Divisyen 2 dengan Huddersfield Town pada musim 1987/88.
Rabu, 15 Februari 2017
Video Perbualan Guardiola-Arter (Dengan Sarikata)
Tontoni video bagaimana Pep Guardiola meluru mencari Harry Arter untuk mengucapkan kata-kata semangat kepada pemain AFC Bournemouth tersebut. (Sumber: Sky Football)
Selasa, 14 Februari 2017
Patah Jones - Kecederaan Metatarsal Ke-5
Berita sedih buat peminat Manchester City. Gabriel Jesus dikhabarkan terpaksa berehat panjang di antara 2 ke 3 bulan akibat keretakan di metatarsal ke-5.
Metatarsal ke-5 adalah tulang paling luar yang bersambung ke jari kaki kecil. Ia adalah tulang metatarsal yang paling kerap mengalami kecederaan retak atau patah. Kecederaan patah di bahagian metatarsal ke-5 berhampiran dengan buku lali dinamakan sebagai "Patah Jones". Bahagian ini mempunyai aliran darah yang rendah menjadikan proses penyembuhan mengambil masa yang lama.
Zon Analisis - Silva Dan De Bruyne Terlalu Bebas
(Sumber: Getty Images) |
Walaupun Gabriel Jesus terpaksa dibawa keluar seawal minit ke-15, agak malang buat Bournemouth kerana pengganti pemain Brazil itu ialah Sergio Aguero.
Permainan berlangsung agak seimbang dengan City bahaya memegang posesi manakala Bournemouth pula berjaya mengekang kemaraan City dengan menekan tinggi. Pemain Bournemouth dilihat banyak membuat rampasan bola di kawasan sentral Manchester City.
Tekanan Bournemouth hampir membuahkan hasil di minit ke-19 apabila Jordon Ibe berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti selepas bergandingan dengan Jack Wilshere namun kepantasan Caballero untuk mara keluar berjaya menidakkan peluang Bournemouth.
(Sumber: Statszone) |
(Sumber: Reuters) |
(Sumber: Reuters) |
Di sebalik permainan menekan tinggi Bournemouth, mereka telah meninggalkan terlalu banyak ruang kepada Kevin De Bruyne dan David Silva. Jordon Ibe dan Ryan Fraser tidak membuat larian ke bawah untuk membantu barisan pertahanan memberi kebebasan kepada Silva dan De Bruyne meneroka bahagian tengah. Lihat sahaja bagaimana Silva dan De Bruyne menguasai statistik hantaran berjaya sepanjang perlawanan.
(Sumber: Statszone) |
Silva dan De Bruyne bermaharajalela di bahagian lorong ruang separuh (Sumber: Whoscored.com) |
Di minit ke-69, City mendapatkan gol kedua. Adam Smith berbelah bahagi di antara bertahan di kotak penalti atau mara ketepi untuk menutup ruang Sterling yang mendapat bola dari Fernandinho. Smith memilih untuk bertahan dalam kotak penalti dan ia terbukti satu kesilapan kerana Sterling yang mendapat terlalu banyak ruang untuk menggelecek mudah melepasi Smith yang tidak berani membuat bentesan sebab bimbang memberikan sepakan penalti kepada City.
(Sumber: Reuters) |
Selesa di hadapan, City memperkasakan pertahanan dengan membawa masuk Nicolas Otamendi. Mungkin jaringan City boleh bertambah jika bukan palang gol menghampakan Sane. Perlawanan tamat dengan keputusan 2-0 yang sudah cukup menggembirakan para peminat City.
Terharu! Apa Yang Diperkatakan Guardiola Kepada Arter?
Di penghujung babak perlawanan di antara AFC Bournemouth dan Manchester City, kelihatan Pep Guardiola mara ke arah Harry Arter dan berbual mesra dengan pemain Bournemouth itu. Apakah yang diperkatakan oleh Guardiola?
Didedahkan Guardiola bertemu Arter untuk memberi kata-kata semangat kepada Arter yang bakal menjadi ayah tidak lama lagi. Pada Disember 2015, Arter terpaksa menghadapi episod duka apabila anaknya meninggal dunia semasa dilahirkan dan Guardiola mengucapkan takziah kepadanya, "Saya sangat bersimpati dengan apa yang terjadi (kematian anak) dan saya mendoakan yang terbaik untuk kamu (menjelang kelahiran anak baru)."
Ini disahkan oleh Arter yang berkata kepada media, "Beliau mendoakan yang terbaik untuk saya dan pasangan saya, ia adalah sentuhan yang mengharukan."
Di sidang media pula Guardiola memberi komen tentang insiden tersebut, "Beliau akan menjadi ayah tidak lama lagi dan saya mengucapkan tahniah kepadanya dan pasangannya sebab saya tahu apa yang terjadi dahulu dan harapnya kali ini bayi itu selamat." (Sumber: Independent)
Isnin, 13 Februari 2017
Infovideo - Skandal Dan Kontroversi Perpindahan Luis Figo
Perpindahan Luis Figo dikira sebagai antara perpindahan paling kontroversi dalam sejarah bolasepak era moden kerana ia melibatkan seteru utama di kancah La Liga iaitu Barcelona dan Real Madrid. Dari menjadi simbol kebanggaan Barca, Figo berubah menjadi objek paling dibenci para peminat.
Semuanya bermula dalam kempen perlumbaan pilihan raya presiden Real Madrid di antara Lorenzo Sanz dan Fiorentino Perez. Sanz dilihat hampir pasti akan diundi semula sebagai presiden kerana berjaya membawa kejayaan dua kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah ke Madrid.
Namun Perez mempunyai agenda rahsia. Perez menjanjikan yang Luis Figo akan dibawa ke kota Madrid dari kota Barcelona jika beliau diundi sebagai presiden. Satu perjanjian sulit ditawarkan kepada Figo oleh Perez. Figo akan mendapat habuan £1.6 juta untuk bersetuju menandatangan kontrak bersama Real Madrid bila Perez memenangi jawatan presiden. Namun jika Perez gagal dalam proses pilihan raya maka Figo boleh menyimpan duit tersebut.
Apabila cerita tentang kontrak itu bocor ke pengetahuan umum, Figo segera menafikan perkara tersebut sambil menyangka beliau masih boleh kekal di Barcelona. Namun Figo sebenarnya sudah terperangkap. Di dalam kontrak itu termaktub klausa yang menyatakan Figo perlu membayar pampasan sebanyak £19 juta andai Figo tidak mahu berpindah ke Real Madrid bila Perez menjadi presiden.
Atas sebab klausa inilah Perez berani membuat janji kepada peminat berdaftar Real Madrid yang mereka boleh menghadiri perlawanan di Bernabeu secara percuma selama satu musim jika beliau gagal membeli Figo. Pada awalnya pihak Figo tidak begitu risau kerana kebarangkalian untuk Perez memenangi pilihan raya presiden adalah sangat tipis. Namun akhirnya ia menjadi kenyataan, Fiorentino Perez adalah presiden terbaru Real Madrid dan Figo perlu membayar pampasan jika mahu kekal di Barcelona.
Presiden baru Barcelona di waktu itu, Joan Gaspart berpeluang menyelamatkan Figo dengan membayar pampasan tersebut bagi pihak Figo. Namun itu bererti Barcelona terpaksa membayar Real Madrid untuk pemain mereka sendiri dengan jumlah yang pada waktu itu merupakan kelima tertinggi dalam sejarah mereka. Ianya sangat memalukan dan menjatuhkan maruah Barcelona dengan Gaspart berkata, "Saya tak mampu melakukannya. Saya akan (seperti) membayar tiket bagi pihak peminat Real Madrid, saya akan mati."
Maka Luis Figo pun dilepaskan untuk dipertontonkan sebagai pemain Real Madrid dengan jersi beliau diberikan oleh Alfredo Di Stefano, seorang lagi pemain yang pernah 'dicuri' Real Madrid dari genggaman Barcelona. (Sumber: uMAXit Football)
Jumaat, 10 Februari 2017
Reviu Skuad Separuh Musim 2016/17
Di awal musim 2016/17 ada pihak menjangkakan Pep Guardiola akan membawa perubahan drastik kepada permainan Manchester City dan City dengan cara bersahaja boleh merangkul semua gelaran yang tersedia. Buat sementara waktu seperti itu jalan ceritanya apabila City menang 10 perlawanan awal musim mereka. Namun bolasepak Inggeris ini berbeza cabarannya dan Guardiola mulai sedar ianya lebih sukar dari yang disangka. Bukan mudah untuk mengubah permainan Manchester City yang belum pernah terdedah dengan falsafah bolasepak Cruyff seperti Barcelona (melalui Johan Cryuff sendiri) dan Bayern Munich (melalui Louis Van Gaal). Oleh itu tidak menghairankan jika para pemain City mengalami kejutan dengan gaya permainan yang dibawa Guardiola.
Claudio Bravo (5/10) – Bravo dibawa masuk supaya Guardiola boleh melaksanakan gaya ‘bermain dari bawah’ atau dikenali sebagai Salir Jugando. Tenang bila bola berada di kaki namun kualiti menjaga gawang beliau sering dipersoal. Tidak popular di kalangan peminat tegar Joe Hart.
Willy Caballero (6/10) – Caballero adalah penjaga gol yang lebih konvensional namun cukup fleksibel untuk melaksanakan permainan yang Guardiola mahukan. Timbalan penjaga gol yang sangat boleh diharap.
Bacary Sagna (7/10) – Sagna mempamerkan persembahan yang agak konsisten sepanjang musim di bahagian bek kanan. Berbahaya apabila naik ke atas kerana bagus dalam membuat hantaran lintang.
Pablo Zabaleta (6/10) – Zabaleta terpaksa bergelut dengan kecederaan buku lali yang menjejaskan prestasi beliau. Agak lemah apabila berdepan dengan lawan yang pantas namun semangat juang menjadikan beliau wira kesukaan ramai. Perubahan posisi mungkin membuka harapan baharu.
Aleksandar Kolarov (6/10) – Anda boleh menyukai Kolarov atau membencinya. Memiliki kualiti hantaran yang bagus namun sayang kualiti sebagai pemain pertahanan Kolarov tidak konsisten. Kelemahan dari segi kepantasan sering terdedah apabila pasukan lawan melakukan serangan balas.
Gael Clichy (6/10) – Clichy tidak banyak membawa ancaman kepada pihak lawan apabila beliau naik ke atas membantu serangan. Pemain bek kiri yang lebih bagus daripada Kolarov dari segi kualiti bertahan.
Nicolas Otamendi (7/10) – Ketiadaan Kompany menjadikan Otamendi tunjang utama di barisan pertahanan. Gaya menerjah keras beliau banyak menyelamatkan keadaan tetapi mungkin beliau perlu lebih tenang sedikit.
John Stones (6/10) – Selain beberapa kesilapan yang dilakukan Stones (nota: Leicester City) dan seolah-olah Guardiola lebih mempercayai Kolarov di pertahanan tengah, Stones menunjukkan kematangan untuk bermain di peringkat tertinggi dan membuktikan potensi yang dimiliki beliau sebagai pertahanan termahal England.
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.