Kononnya Gabriel Jesus membuat gaya panggilan telefon ketika meraikan gol itu adalah untuk memerli seorang bekas teman wanita yang tak mengendah panggilannya sebelum berpindah ke Manchester City. Walaupun cerita versi ini lebih dramatik bak slot Samarinda atau Akasia ternyata ianya adalah rekaan semata-mata.
Sebenarnya gaya panggilan telefon itu ditujukan Gabriel kepada ibunya, Vera Lucia. Vera tidak pernah ketinggalan untuk menelefon anaknya itu sebelum setiap perlawanan untuk memberi kata-kata semangat dan tips.
Gabriel Jesus menafikan cerita fiksyen yang berpeleseran di Twitter |
Bahkan semasa perlawanan di antara Brazil dan Venezuela, Vera pernah membuat panggilan telefon ke syarikat TV yang membuat siaran kerana mahu membuat teguran yang Gabriel berada di kedudukan ofsaid. Pada waktu itu Brazil sedang mendahului hasil jaringan gol Gabriel dan apabila ditanya tentang persembahan anaknya Vera menjawab, "Saya rasa saya akan berikan ciuman untuk gol dan bebelan kerana ofsaid".
Gabriel pernah mengakui ibunya tidak mengucapkan tahniah pun apabila dia menghantar SMS memberitahu dia berjaya menjaringkan 2 gol untuk Brazil (menentang Ecuador). Sebaliknya ibunya mengkritik Gabriel yang dua kali berlari ke dalam kedudukan ofsaid.
Jadi sebenarnya gaya menelefon Gabriel itu ditujukan kepada ibunya, "Hello Mak, saya jaringkan gol hari ini." (Sumber: Daily Mail)
P/S: Seperti dialog Ramli pula.