War, what is it good for?
Absolutely nothing
Say it, war, good god now, what is it good for?
Absolutely nothing, say it, (war)
Begitulah bait lagu War nyanyian Edwyn Starr tentang peperangan. Bercakap tentang peperangan, antara peristiwa paling bersejarah dan berstatus legenda ialah Gencatan Senjata Krismas 1914 semasa Perang Dunia I. Di kala perang sedang hebat berlangsung, askar British dan Jerman di Western Front memutuskan membuat gencatan senjata tidak rasmi menjelang perayaan Krismas. Sepanjang tempoh gencatan senjata pelbagai aktiviti dilakukan bersama oleh askar-askar yang sebelum ini bermusuhan termasuklah bermain bolasepak.
Betapa indahnya nilai kemanusiaan yang mampu berkongsi kegembiraan di waktu peperangan. Namun selepas itu tiada lagi peristiwa sedemikian rupa berulang kerana arahan larangan oleh pihak atasan.