Menggunakan kiraan unjuran dan simulasi baki perlawanan Liga Perdana Inggeris berdasarkan statistik prestasi semasa, pasukan Chelsea sudah hampir pasti bakal menjadi juara liga musim 2016/17. Mengikut peratus kebarangkalian, Chelsea berada jauh di depan pencabar lain dengan 88% kebarangkalian bergelar juara. Manchester City yang kini menduduki tangga ketiga memegang 5% kebarangkalian dan diikuti Tottenham Hotspur dengan 4%. Arsenal dan Liverpool pula berkongsi peratus kebarangkalian 1% di kala Manchester United mengintai dari jauh bersama kebarangkalian kurang daripada 1%. Namun di dalam bolasepak apa pun mungkin terjadi dan nasib boleh berubah dalam sekelip mata jika alpa atau terleka.