Selasa, 28 Februari 2017

Harapan Musnah Gara-Gara Gol Sane

Manchester City sedang mendahului 4-3. Marvin Jorres pula sedang tersenyum lebar kerana yakin akan mendapat durian runtuh sebanyak £29,000 selepas membuat pertaruhan yang Atletico Madrid akan menang 4-2 dan Manchester City menang 4-3.

Malangnya di kala ribuan penyokong bersorak menyambut gol Leroy Sane, Jorres hanya mampu melihat hadiah £29,000 yang begitu hampir menjadi miliknya lesap dari bayangan.

"Dan bila City menjaringkan gol saya hanya terbaring di atas lantai dan tidak bergerak selama 5 minit", kata Jorres.


Selepas diberitahu tentang perkara tersebut Sane menyampaikan rasa simpati beliau kepada lelaki tersebut di Twitter.

Namun tidak semuanya berakhir sedih buat Jorres. Oliver Kahn yang merupakan duta syarikat pertaruhan Tipico atas dasar kasihan telah memberikan 'hadiah saguhati' kepada Jorres dalam bentuk pakej perjalanan VIP untuk menonton perlawanan di Monaco dengan semua perbelanjaan ditanggung Tipico. (Sumber: Skysports)

P/S: Jangan main judi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.