Kelab Atletico Venezuela mengesahkan yang pemain tengah serba boleh, Yangel Herrera kini sudah menjadi milik Manchester City dengan kontrak selama 4 tahun.
Biarpun Herrera menarik minat beberapa kelab lain namun hanya City sahaja yang membuat bidaan rasmi dianggar dalam lingkungan €2 juta.
Tetapi adalah sukar untuk menyaksikan Herrera beraksi di England dalam masa terdekat. Seperti kes Marlos Moreno, Herrera menghadapi kesukaran mendapatkan permit kerja UK dan akan dipinjamkan keluar dengan New York City menjadi prospek terbesar destinasi pemain Venezuela itu.