Pasukan Manchester City kini gah di persada liga BPL. 5 kemenangan daripada 5 perlawanan pertama musim adalah satu pencapaian hebat lebih-lebih lagi ia dilakukan tanpa memboloskan gol. Malahan City turut melakarkan rekod baru kelab dengan kemenangan 11 perlawanan BPL berturut-turut. Adakah City kini pasukan terhebat di dalam sejarah BPL? Malangnya buat pengetahuan peminat City jawapannya adalah tidak.
Ya jika hanya mengira zaman Liga Perdana (1992-sekarang), City kini memegang rekod kemenangan awal musim BPL dengan 5 kemenangan melepasi rekod 4 perlawanan yang dicatat Arsenal pada musim 2003/04. Namun rekod sepanjang zaman masih menjadi milik pasukan Tottenham Hotspurs yang mencatat 11 kemenangan dari awal musim pada tahun 1960.
2. Rekod Menang Berturut-Turut
Rekod kelab 11 kemenangan berturut-turut hanya meletakkan City di tempat ketiga berkongsi tempat bersama Manchester United (Disember '08 - Mac '09) dan Chelsea (April '09 - September '09). Kemenangan ke atas West Ham minggu ini pula akan membawa City ke tangga kedua rekod BPL berkongsi tempat bersama Manchester United (Mac '00 - Ogos '00). Rekod kemenangan berturutan dipegang oleh Arsenal yang merakamkan 14 kemenangan (Februari '02 - Ogos '02).
3. Rekod Tidak Bolos Dari Awal Musim
5 perlawanan pertama musim tanpa bolos bererti City menjadi pasukan BPL keempat yang membuat pencapaian tersebut bersama-sama skuad Manchester United 1997/98, Chelsea 2005/06 dan Portsmouth 2006/07. Gawang bersih dalam pertemuan menentang West Ham masih belum boleh memecahkan rekod kerana ia dipegang oleh skuad Chelsea 2005/06 yang mencatat 6 gawang bersih semenjak pembuka musim mereka.
4. Rekod Tidak Bolos Berturut-Turut
6 perlawanan BPL berturutan tanpa bolos juga adalah rekod baru kelab tetapi ianya terlalu jauh dengan rekod 14 perlawanan yang dimiliki pasukan Manchester United (November '08 - Februari '09).
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru