Sabtu, 26 September 2015

Prebiu BPL 2015/16: Tottenham Hotspurs vs Manchester City

Kebelakangan ini Manchester City mengumpul banyak kenangan indah di White Hart Lane. Manakan tidak mereka memenangi kesemua 5 lawatan terakhir ke sana.


Manchester City masih kehilangan Silva kepada kecederaan. Turut bersama Silva ialah Mangala, Delph, Bony dan Iheanacho. Ini bermakna Kevin De Bruyne sekali lagi akan mengemudi bahagian tengah City selepas 2 aksi memberansangkan ketika menentang West Ham dan Sunderland. Persoalan besar ialah siapa akan beraksi di pertahanan tengah? Adakah Pellegrini akan menurunkan Kompany yang baru pulih atau akan memberi kepercayaan kepada pengalaman Demichelis untuk menemani Otamendi di posisi itu? Berita baik buat peminat Zabaleta, Zaba dikhabarkan sudah kembali cergas untuk tersenarai tapi prestasi mantap Sagna di awal musim ini menyukarkan Zabaleta untuk kembali ke kesebelasan utama.


Tottenham baru sahaja berdepan dengan seteru London, Arsenal dalam perlawanan Piala Liga dan tewas. Mereka pastinya mahu kembali mencari kemenangan dan menamatkan mimpi ngeri kunjungan City ke rumah mereka.

Ramalan Blog Bulan Biru: Spurs 1 - City 3

Fakta menarik pra-perlawanan.
1. City menikmati 8 kemenangan dalam 10 pertemuan terakhir di antara dua pasukan ini. Sementara Spurs hanya menang sekali sahaja.
2. City bakal mencipta rekod baru kelab jika menang. City kini sudah menang berturutan 5 perlawanan BPL di tempat lawan semenjak 1912.
3. Spurs belum tewas dalam 5 perlawanan BPL terakhir mereka.
4. Spurs tidak bolos dalam 3 perlawanan BPL terakhir mereka.
5. Aguero menjaringkan 10 gol dalam 7 pertemuan BPL menentang Spurs dan Hugo Lloris pula memboloskan 17 gol dalam 5 perlawanan bertemu City.
6. Jika dikira 4 perlawanan terakhir di antara mereka, City menang besar secara agregat 16-2.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Sumber: WhoScored.com, EuroSport
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.