Manchester City mengharapkan tuah kali ketiga. Selepas 5 kemenangan di awal musim, City terpaksa menanggung 2 kekalahan di tangan Juventus dan West Ham. Kedua-duanya di rumah sendiri, Stadium Etihad. Hari ini City akan melancong ke Stadium Cahaya untuk berdepan Sunderland.
Musim lepas City mengakhirkan rekod buruk di stadium itu dengan menewaskan Sunderland 1-4. Harapnya mereka boleh mengulanginya lagi hari ini memandangkan Sunderland kini sedang menghadapi krisis prestasi. Sunderland masih belum memenangi sebarang perlawanan di BPL. Satu-satunya kemenangan mereka musim ini ialah menentang kelab Divisyen 2, Exeter City di pusingan kedua Piala Liga.
Beberapa perubahan dalam barisan pemain dijangkakan dalam perlawanan ini. Berkemungkinan besar pemain-pemain barisan simpanan dan muda akan diketengahkan. Prospek untuk melihat Iheanacho, Garcia dan Roberts beraksi pastinya akan mengujakan para peminat City. Beberapa tonggak utama akan dikekalkan sebagai jaminan tidak tewas. De Bruyne akan kekal bermula untuk membiasakan diri dengan permainan City sementara Yaya Toure sudah mengumumkan beliau tidak mahu direhatkan dari perlawanan ini.
Ramalan Blog Bulan Biru: Sunderland 1 - City 2.
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Kedua-dua pasukan sudah bertemu 3 kali dalam pertandingan Piala Liga. Kali terakhir dimenangi City 3-1 dalam perlawanan akhir 2013/14.
2. Sunderland menang 6 daripada 7 perlawanan Piala Liga terakhir di laman sendiri.
3. City tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 16 perlawanan Piala Liga di tempat lawan semenjak pusingan ketiga Piala Liga 2003/04.
4. Kemarau gol terpanjang Aguero ialah 6 perlawanan. Kini beliau sudah bermain 5 perlawanan tanpa menjaringkan gol.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru