Fakta menarik berkenaan kit pasukan Manchester City musim 2015/16:
1. Tema utama kit laman sendiri City ialah sejarah gaya kasual, fesyen dan musik yang sinonim dengan Manchester. Ini dizahirkan melalui kolar putih yang klasik bersama butang yang tersembunyi kemas.
2. Ramai peminat lega dengan kembalinya warna putih mengiringi warna tradisional biru langit berbanding warna hitam seperti musim sebelumnya.
3. Gaya reka kit tempat lawan diilhamkan daripada lagu tradisi Manchester City iaitu Blue Moon.
4. Rujukan ini dizahirkan dengan perincian corak permukaan bulan berwarna biru di kedua-dua belah lengan.
5. Kit ketiga City memberi penghormatan kepada peristiwa ikonik di Wembley pada tahun 1999 dengan mengambil warna asas jersi yang disarung pemain City untuk perlawanan play-off Divisyen 2. City sedang ketinggalan 0-2 kepada Gillingham sebelum mereka menjaringkan 2 gol di masa kecederaan dan seterusnya memenangi penentuan sepakan penalti.
6. Walaupun reka corak jersi 98/99 itu pada awalnya dianggap buruk oleh para peminat City, peristiwa Wembley '99 itu telah mengangkat status jersi tersebut ke tahap lagenda.
7. Kit ketiga City akan disarung buat pertama kalinya dalam pertemuan menentang Sunderland pada 22 September nanti.
8. Asas reka kit ketiga City ini juga digunakan untuk kit ketiga pasukan Barcelona dan Inter musim ini.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru