Kempen Liga Juara-Juara Eropah musim baru bermula hari ini. Manchester City menanti kunjungan Si Wanita Tua dari Itali, Juventus. Tiada pertemuan semula dengan Carlos Tevez yang sudah berpindah ke Boca Juniors tetapi City bakal berhadapan 2 pemain yang pernah hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, Paul Pogba dan Paulo Dybala. Kali terakhir dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2010 di dalam Liga Europa. Kedua-dua pertemuan dalam pertandingan itu berkesudahan 1-1.
City akan turun tanpa penyerang utama Sergio Aguero yang tercedera ketika menentang Crystal Palace hujung minggu lalu. Tetapi ada berita baik kerana David Silva dan Raheem Sterling disahkan cukup cergas untuk kembali ke dalam skuad. Berkemungkinan besar Pellegrini akan bermula dengan formasi 4-2-3-1 memandangkan itulah taktik paling stabil dan mengoptimumkan kebolehan setiap pemain City. Cuma persoalannya siapa yang akan mengambil alih peranan Aguero di bahagian atas? Selain Aguero, City hanya mendaftarkan Wilfred Bony sebagai penyerang senior. Tiada peluang untuk melihat aksi Iheanacho yang tidak layak untuk mengisi kuota skuad B. Jika Pellegrini mahukan pemain pantas mengisi posisi yang ditinggalkan Aguero maka mungkin kita akan dapat melihat Sterling bermula di posisi tersebut. Melengkapkan rangkaian serangan City di belakang Sterling pula ialah gabungan Silva, Nasri dan De Bruyne. Amat menakutkan.
Setelah sekian lama City gagal meninggalkan impak besar dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah, sudah tiba masanya City membuktikan kebolehan sebenar mereka. Berdasarkan prestasi semasa, Manchester Citylah pasukan yang paling menyerlah di dalam kumpulan D. Lihat sahaja kedudukan pasukan-pasukan kumpulan D di dalam liga negara masing-masing:
Liga Perdana Inggeris |
Liga Serie A Itali |
Liga Bundesliga Jerman |
Liga BBVA Sepanyol |
Begitu jauh sekali prestasi City dengan pasukan kumpulan D yang lain. Bila masa City mengumpul rekod 100%, pasukan Juventus, Sevilla dan Borussia Monchengladbach masih terkial-kial mencari kemenangan pertama mereka. Harap-harap prestasi hebat BPL Manchester City ini akan terus terpamer dalam perlawanan hari ini. Ramalan Blog Bulan Biru: City 3 - Juventus 0.
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Paul Pogba akan kembali ke Manchester buat pertama kali semenjak menyertai Juventus dari Manchester United pada tahun 2012. Malang sekali beliau sepatutnya boleh pulang lebih awal sekiranya tidak berjual mahal ketika tingkap perpindahan musim panas lalu.
2. City hanya menang 2 daripada 10 perlawanan UCL terakhir mereka (W2 D2 L6).
3. Juventus hanya tewas sekali dalam 10 perlawanan UCL terakhir mereka iaitu dalam perlawanan akhir musim lalu (W6 D3 L1).
4. Juventus tidak pernah menang dalam 6 pertemuan terakhir menentang pasukan dari Manchester (D3 L3).
5. Semenjak menyertai pertandingan Liga Juara-Juara Eropah, Manchester City tidak pernah mencatatkan keputusan 0-0 dalam 28 perlawanan UCL mereka. Hanya Basel mengumpul jumlah perlawanan yang lebih banyak tanpa keputusan 0-0.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Sumber Rujukan: EuroSport, Twitter, WhoScored