Sampai bila Manchester City perlu bergelumang dalam kekalahan demi kekalahan? 3 daripada 4 perlawanan terakhir mereka dikecewakan lawan termasuklah dibelasah Tottenham Hotspur 4-1. City akan berkunjung ke Jerman untuk menentang Borussia Monchengladbach bersama misi membuktikan potensi sebenar mereka dan kembali ke landasan kemenangan.
Berita terbaik kepada para peminat adalah kembalinya David Silva ke dalam pilihan skuad. Ketiadaan beliau jelas mengganggu prestasi City kebelakangan ini. Satu aspek yang perlu ditekankan oleh City ialah disiplin di bahagian pertahanan yang mulai bocor selepas 5 gawang bersih di awal musim. 9 gol diboloskan dalam 4 perlawanan terakhir mereka.
Ramalan Blog Bulan Biru: Monchengladbach 1 - City 2.
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Kali terakhir dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 1979 di suku akhir Piala UEFA (kini Liga Europa). Perlawanan itu dimenangi oleh Monchengladbach yang seterusnya menjuarai pertandingan tersebut.
2. 4 kali pasukan dari England berkunjung ke stadium Monchengladbach tetapi Monchengladbach kental memenangi kesemua 4 perlawanan.
3. Monchengladbach tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 15 pertembungan di peringkat benua. Kali terakhir mereka gagal menjaringkan gol adalah pada tahun 1987.
4. City telah diundi bersama pasukan Jerman dalam setiap 5 kempen UCL mereka.
5. City hanya pernah menang satu daripada 4 perlawanan di bumi Jerman.
6. City tewas 7 daripada 11 perlawanan UCL terakhir mereka.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Sumber: BBC