Sabtu, 19 September 2015

Prebiu BPL 2015/16: Manchester City vs West Ham

Manchester City kembali beraksi di dalam BPL selepas menerima tamparan di dalam UCL. Adakah City masih terkesima ataupun mereka akan bangkit segera mengelak pukulan tukul pihak lawan yang datang berkunjung?


5 pemain disahkan tidak akan dipilih dalam senarai pilihan; Zabaleta, Kompany, Fernando, Clichy dan Delph. Ini bermakna Otamendi berkemungkinan besar akan diberi permulaan pertama beliau bersama City. Di bahagian hadapan masih menjadi teka-teki sama ada Aguero sudah cukup cergas untuk mengemudi serangan City atau Pellegrini akan sekali lagi menaruh harapan kepada Wilfred Bony? Satu perkara yang pasti Kevin De Bruyne akan bermula di kesebelasan utama City. Ini bermakna kita buat pertama kali bolehlah melihat gandingan SSD di bahagian tengah beroperasi. Adakah mereka sepantas teknologi akronim mereka?


West Ham musim ini sudah mengejutkan Arsenal di laman mereka sendiri. Adakah City bakal menjadi mangsa seterus mereka? Ancaman utama West Ham akan hadir daripada pemain tengah, Dimitri Payet. Ramalan Blog Bulan Biru: City 3 - West Ham 0.

Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Manchester City yang sudah mengumpul 11 kemenangan BPL berturutan mencari kemenangan ke 12 dalam misi mengejar rekod Arsenal.
2. City memenangi 7 pertemuan terakhir menentang West Ham dalam semua pertandingan di laman sendiri. Tiada gol diboloskan City dalam 3 perlawanan terakhir tersebut.
3. West Ham gagal menang dalam 9 kunjungan BPL terakhir mereka ke Manchester City. Hanya Sunderland (11) dan Newcastle (12) mempunyai rekod yang lebih buruk.
4. West Ham mencari kemenangan di tempat lawan yang ketiga berturut-turut. Kali terakhir mereka berbuat demikian adalah pada September 2007.
5. Aguero menjaringkan 4 gol dalam 5 pertemuan terakhir menentang West Ham.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Sumber: EuroSport, WhoScored
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.