Schalke 04 akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Leroy Sane untuk berpindah ke Manchester City. Mereka akan menawarkan Sane kepada City pada harga perpindahan €55 juta.
Pengarah sukan Schalke, Christian Heidel mendedahkan Sane sekali lagi menyatakan hasrat untuk berpindah semasa berbual pada hari Rabu lalu.
Jumlah perpindahan €55 juta itu melibatkan bayaran permulaan sebanyak €37 juta dan kemudian bakal diikuti bayaran tambahan.
- Bulan Biru