Selepas tawaran awal Manchester City untuk Bruno Peres ditolak Torino, City memperbaiki tawaran untuk pemain bek kanan tersebut.
City dikatakan membuat tawaran kedua sebanyak €18 juta. Dijangka tawaran tersebut juga akan ditolak kerana Torino hanya berminat dengan tawaran di lingkungan €25 juta. Namun Torino mungkin boleh menerima tawaran lebih rendah jika kedua-dua kelab boleh mencapai kata sepakat. City kini sedang hangat mencari bek kanan baharu kerana berhadapan prospek kehilangan Pablo Zabaleta yang dikaitkan dengan AS Roma dan Inter Milan.
- Bulan Biru