Aleksandar Kolarov sudah diberitahu oleh Pep Guardiola yang beliau tiada dalam perancangan City di musim baru nanti.
Spekulasi kuat sedang mengaitkan Kolarov berpindah ke Besiktas. Namun kata putus masih belum dicapai. Kolarov yang terlepas hari pertama sesi latihan sudah kembali berlatih bersama pasukan. Kolarov begitu terdesak mahu berpindah sehingga meminta City merendahkan nilai jualan beliau daripada £3 juta kepada £2.5 juta. Dalam pada itu Kolarov tidak mahu merendahkan tuntutan gaji beliau sebanyak £2 juta setahun. Mungkin jika Besiktas tidak mampu memenuhi permintaan Kolarov, beliau akan dijual kepada kelab China.
- Bulan Biru