Mundo Deportivo melaporkan pemain bek kanan idaman ramai, Hector Bellerin sedia mempertimbang tawaran untuk menyertai Manchester City kerana beliau sangat meminati Pep Guardiola.
Ejen Bellerin, Albert Botines yang juga merupakan ejen beberapa pemain muda akademi City dikatakan sedang menilai beberapa tawaran. Beberapa kelab lain juga berminat dengan Bellerin namun dikatakan City merupakan pembida tertinggi setakat ini. Kita nantikan ketabahan Arsenal menolak godaan City andai City serius mengejar Bellerin.
- Bulan Biru