Khamis, 21 Julai 2016

Guardiola Puji 2 Bintang Muda

 
Biarpun Manchester City tewas 0-1 kepada Bayern Munich, prestasi yang ditunjukkan oleh pemain muda yang diturunkan City harus mendapat kepujian. 2 pemain yang mendapat tumpuan khusus oleh Pep Guardiola ialah bek kanan dan kiri City, Pablo Maffeo dan Angelino Tasende.

Kedua-dua pemain ini mempamerkan persembahan garang di bahagian sayap dan membantu pasukan membuat serangan. Memang menjadi harapan 2 pemain ini diberi peluang lebih luas untuk bersinar bersama skuad utama musim ini. Jika inilah potensi yang dimiliki City di 2 posisi ini maka tidak hairanlah mereka tidak meneruskan minat untuk membeli Bruno Peres dan Ricardo Rodriguez.
 
 
- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.