Rabu, 27 Julai 2016

Dilemma Schalke - Jual Mahal Sekarang Atau..


Cerita Leroy Sane belum lagi mencapai konklusi namun ramai pihak mengagak Sane hanya menunggu masa untuk menyarung jersi Manchester City.

Sane dikatakan sudah bersetuju untuk berpindah dan City sanggup membayar sehingga €50 juta untuk pemain Schalke itu. Schalke kini di dalam dilemma kerana jika mereka tidak menerima tawaran €50 juta itu sekarang, mereka mungkin akan terpaksa melepaskan Sane di musim panas depan pada harga hanya €37 juta kerana klausa pelepasan dalam kontrak baharu Sane.

Namun seperti biasa pihak Schalke menafikan hal klausa tersebut.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.