iRENA, syarikat yang mewakili 12 kelab China mengumumkan yang mereka berhasrat untuk membawa seorang pemain dari skuad utama City ke Liga Super China.
Persoalannya siapakah yang akan dijual City ke kelab China? Setakat ini Pep Guardiola sudah membuat satu senarai pendek nama-nama pemain yang dibenarkan untuk meninggalkan pasukan. Nama-nama tersebut ialah Samir Nasri, Yaya Toure dan Aleksandar Kolarov. Toure sebelum ini sudah menolak satu tawaran dari China manakala Nasri sedang berusaha menunjukkan kebolehan beliau kepada Guardiola. Guardiola akan memutuskan nasib pemain-pemain ini seawal minggu hadapan.
- Bulan Biru