Rabu, 13 Julai 2016

Galatasaray Tawar Pinjam & Beli Bony


Penyerang terhangat Manchester City, Wilfried Bony boleh menjadi pemain City kedua selepas Aleksandar Kolarov yang akan bermain di Liga Super Turki musim baru nanti apabila mendapat tawaran daripada Galatasaray.

Galatasaray menawarkan £3 juta sebagai bayaran untuk meminjam Bony bersama pilihan untuk membeli beliau di akhir musim depan dengan bayaran £17 juta. Pihak City pula berkata yang mereka akan mempertimbangkan tawaran itu kerana merasakan mereka boleh menjual Bony secara terus dengan harga yang lebih baik. Namun ianya terserah sepenuhnya kepada Bony berkenaan destinasi beliau musim baru nanti.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.